Utusan Borneo (Sarawak)

SIP diperbesar, gamit lebih pelaburan

Infrastruk­tur turut ditambah, kapasiti bekalan elektrik ditingkat kepada 1,500MW menjelang 2028: Abang Johari

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

Taman Perindustr­ian Samalaju (SIP) akan diperbesar­kan untuk menarik lebih banyak pelaburan pada masa hadapan, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, kemudahan infrastruk­tur di kawasan itu juga akan ditambah, termasuk meningkatk­an kapasiti bekalan elektrik kepada 1,500 megawatt (MW) menjelang 2028.

Buat masa ini katanya, penjanaan gas turbinnya akan dinaikkan sehingga 1,000MW di bawah fasa pertama dengan pentauliah­an turbin gas kitaran gabungan (CCGT) pada 2028.

“Itu untuk fasa pertama penjanaann­ya adalah 1,000MW. Fasa kedua akan kita tauliahkan juga pada 2028 dengan tambahan 500 megawatt yang bermakna Bintulu akan menjana kuasa elektrik sehingga 1,500MW,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Bersama YAB Premier yang dihadiri lebih 5,000 penduduk pelbagai kaum di Naim Street Mall Bintulu Paragon, semalam.

Hadir sama Speaker DUN Tan

Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Dato Haidar Khan Asghar Khan, Pengurus Besar BDA Datu Muhamad Yakup Kari, Residen Bintulu Nyurak Keti, ahli Lembaga Pengarah BDA dan ketua-ketua masyarakat.

Abang Johari berkata, bekalan gas asli Sarawak juga berjaya ditingkatk­an kepada 1,200 juta kaki padu standard sehari (mmscfd) berbanding 450 mmscfd sebelum ini.

“Petronas (Petroliam Nasional Berhad) dan juga rakan kita yang lain telah dapat menunaikan tanggungja­wab mereka untuk tujuan itu disebabkan keyakinan terhadap kerajaan kita yang mempunyai hala tuju jelas dalam membangunk­an industri berteraska­n gas,” jelasnya.

Katanya, kerajaan Sarawak tidak hanya menumpukan kepada Bintulu, malah kawasan-kawasan lain di negeri ini akan turut menikmati kepesatan dari segi pembanguna­n dan penggunaan tenaga elektrik dalam tempoh lima tahun akan datang.

 ?? ?? SAJIAN TRADISI: Abang Johari (tiga kanan) bersama Haidar menggaul rendang daging sebagai gimik perasmian Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Bersama YAB Premier di Naim Street Mall Bintulu Paragon, semalam.
SAJIAN TRADISI: Abang Johari (tiga kanan) bersama Haidar menggaul rendang daging sebagai gimik perasmian Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Bersama YAB Premier di Naim Street Mall Bintulu Paragon, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia