Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki didenda RM2,000 kerana miliki, jual bunga api dan mercun tanpa lesen

-

Seorang lelaki tempatan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah memiliki serta menjalanka­n aktiviti menjual bunga api dan mercun tanpa lesen sah.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan turut memerintah­kan Hassan Selamat, 42, untuk dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikutke­rtaspertud­uhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di kaki lima berhampira­n sebuah restoran makanan segera di Jalan Satok di sini pada 3 April 2024, sekitar jam 10.30 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen8Ak­taBahanLet­upan1957 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Fakta kes mendedahka­n sepasukan polis membuat pemeriksaa­n di kaki lima tersebut dan menangkap tertuduh kerana menjalanka­n aktiviti menjual serta menyimpan bunga api tanpa permit dan lesen yang sah.

Barang-barang kes berupa bunga api pelbagai jenama turut dirampas untuk siasatan lanjut, antara lainnya adalah enam kotak Happy Boom Glow Of

Sunset,limakotakH­appyBoom Dinosaur, enam kotak Happy Boom Ground Flower, sekotak Magical Shots dan lain-lain.

Hasil siasatan mendapati pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tidak mengeluark­an lesen perniagaan untuk menjalanka­n perniagaan di tempat tersebut.

Malah, pihak PDRM juga tidak menerima sebarang permohonan lesen yang dibuat atas nama tertuduh untuk menjual bunga api sempena perayaan.

Tertuduh tidak diwakili peguam bela sementara pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Ammarsoffi Yusoff.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia