Utusan Borneo (Sarawak)

Dua suspek samun bersenjata dikejar polis di atas bumbung

Mereka disyaki terlibat dalam kes di Balingian, video insiden tular

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

Begitupun, suspek yang merupakan dua lelaki warganegar­a tempatan telah berjaya ditahan oleh pasukan polis dalam video yang tular tersebut untuk membantu siasatan bersabit Balingian Report.

BINTULU: Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes samun bersenjata di Balingian, Mukah berjaya diberkas dalam aksi kejarmenge­jar di atas bumbung rumah kedai di pasar lama Bintulu, kelmarin.

Tangkapan yang dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bintulu itu turut dirakam orang awam sekali gus tular di media sosial sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Nixon Joshua Ali berkata, kedua-dua lelaki itu yang dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata­kan parang di Balingian telah melarikan diri dan bersembuny­i di sebuah hotel bajet di pasar lama di sini.

“Begitupun, suspek yang

merupakan dua lelaki warganegar­a tempatan telah berjaya ditahan oleh pasukan polis dalam video yang tular tersebut untuk membantu siasatan bersabit Balingian Report,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Beliau berkata, mangsa telah membuat laporan polis dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan

samun berkumpula­n.

Beliau turut menasihatk­an orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarka­n berita yang tidak benar berkaitan kes tersebut kerana dikhuatiri boleh menimbulka­n kegusaran kepada masyarakat.

“Sekiranya ada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan jenayah, sila tampil ke balai polis berhampira­n

Superinten­den Nixon Joshua Ali Ketua Polis Daerah Bintulu

atau hubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304,” katanya.

 ?? ?? SEPANDAI TUPAI MELOMPAT: Dua suspek berjaya diberkas polis JSJ IPD Mukah dan JSJ IPD Bintulu kelmarin.
SEPANDAI TUPAI MELOMPAT: Dua suspek berjaya diberkas polis JSJ IPD Mukah dan JSJ IPD Bintulu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia