Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga individu di Miri mangsa terbaharu penipuan dalam talian

- Dari Muka 1

Manakala dalam kes kedua menurut Alexson, mangsa juga ahli perniagaan, 20-an, yang telah melihat iklan di Facebook berhubung penjualan matawang China (RMB) dan boleh dimasukkan ke dalam e-dompet Alipay miliknya.

Katanya, mangsa telah berhubung dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp dan setelah berbincang, mangsa bersetuju untuk menukar mata wang Ringgit Malaysia bernilai RM2,000 kepada mata wang China RMB.

“Mangsa telah membuat pembayaran sekali transaksi ke satu akaun yang diberikan suspek melalui pindahan dalam talian semasa dia berada di Miri.

“Ahli perniagaan terbabit hanya menyedari dirinya ditipu apabila pelbagai alasan diberikan oleh suspek setelah pembayaran dilakukan dan mangsa tidak dapat lagi berhubung dengan suspek kerana nombornya telah disekat oleh lelaki itu,” jelas beliau lanjut.

Sementara dalam kes ketiga menurut Alexson, kes membabitka­n seorang suri rumah berusia 40-an yang kerugian RM2,000 setelah terperdaya dengan urusan jual beli emas secara dalam talian.

Katanya, mangsa yang berminat membeli seutas rantai emas dengan harga RM120 termasuk penghantar­an telah membuat pembayaran menerusi lima kali transaksi melalui pindahan dalam talian ke dua akaun berbeza yang diberikan suspek membabitka­n wang berjumlah RM2,000.

“Suri rumah terbabit menyedari dirinya telah ditipu apabila suspek tidak dapat dihubungi lagi setelah mangsa enggan membuat membuat pembayaran lagi.

“Ketiga-tiga kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan, “katanya.

Sehubungan itu, Alexson menasihatk­an orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan urusan jual beli dalam talian khasnya di laman sosial terutaman yang menawarkan harga lebih murah daripada harga pasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia