Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki serang kekasih isteri ditahan

-

Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan kerana menyerang lelaki lain dipercayai kekasih isterinya di Terminal Bas Sibu di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, satu laporan polis telah diterima daripada mangsa berhubung kejadian tersebut.

“Mangsa berusia 24 tahun itu mendakwa dia telah diserang tiga lelaki yang tidak dikenali ketika menunggu bas di Jalan Pahlawan pada jam 5 petang.

“Mangsa kemudian dibawa masuk ke dalam sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda menuju ke sebuah rumah di Jalan Sentosa di sini,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Bertindak atas maklumat, katanya polis telah menahan seorang suspek berusia 26 ta

hun bagi membantu siasatan lanjut kes.

“Suspek ditahan reman selama tiga hari sehingga 18 April ini dan hasil siasatan mendapati punca kejadian

adalah disebabkan pengadu telah keluar dengan isteri suspek.

“Disebabkan rasa marah, suspek bersama tiga lagi rakan suspek yang masih bebas telah bertindak memukul pengadu dan mengugut pengadu supaya tidak lagi mengganggu isteri suspek,” jelasnya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah dan menyebabka­n kecederaan.

Zulkipli pada masa sama meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kejadian yang berlaku.

Dalam rakaman video yang tular di Facebook, sekumpulan lelaki dilihat menyerang mangsa di hadapan sebuah kedai kopi berhampira­n Terminal Bas Sibu di Jalan Pahlawan pada Ahad, sekitar jam 5 petang.

Akibat kejadian itu, mangsa cedera pada bahagian muka dan telah membuat laporan polis pada hari sama.

 ?? ?? DALAM SIASATAN: Tangkap layar video tular pergaduhan tersebut.
DALAM SIASATAN: Tangkap layar video tular pergaduhan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia