Utusan Borneo (Sarawak)

Anak Sarawak dan Sabah terima Anugerah My Hero 4.0

Kedua-duanya diiktiraf atas sumbangan tersendiri menerusi bidang masing-masing kepada kesejahter­aan masyarakat

-

KUCHING: Wartawan veteran Peter Wee baru-baru ini dinamakan sebagai salah seorang daripada enam pemenang Anugerah My Hero 4.0 2023 yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Wartawan dari Sibu yang memenangi anugerah itu menempa nama selepas sentiasa memberikan usaha terbaik untuk mendekati golongan memerlukan dan kurang bernasib baik, tanpa meminta sebarang ganjaran sebagai balasan untuk memainkan peranannya dalam memelihara keharmonia­n sosial.

Sepanjang hari-hari kewartawan­annya, beliau telah mengambil inisiatif untuk mengusahak­an pelaporan penyiasata­n sebagai cara untuk membantu individuin­dividu dalam menangani kesusahan mereka.

Wee yang turut dinamakan sebagai ‘Duta Perpaduan’ sempena anugerah itu berkata, beliau akan terus melakukan kerja baiknya.

Beliau telah dicalonkan untuk anugerah itu kerana menyelamat­kan nyawa dua gadis muda yang ditemuinya bermain di luar tingkap lot komersial.

“Saya dalam perjalanan ke tempat kerja apabila saya melihat pemandu lain memperlaha­nkan kenderaan dan menggunaka­n telefon pintar mereka untuk mengambil gambar sesuatu. Apabila saya mendongak, saya terkejut melihat dua kanak-kanak bermain di luar tingkap unit kedai di tingkat tiga.

“Apabila saya sampai di blok komersial, saya lihat hampir setiap kedai ditutup. Orang yang saya dekati kelihatan keberatan untuk membantu kerana takut mereka terlibat dalam masalah.

“Disebabkan tiada pilihan, saya mengetuk pintu rumah jiran dan mengetahui bahawa ibu kepada dua kanak-kanak perempuan itu sedang tidur siang.

“Selepas itu, saya mengetuk pintu sehingga ibunya menjawab dan menyuruhny­a membawa anak perempuann­ya ke dalam,” katanya.

Walaupun menasihatk­an ibu budak-budak itu untuk memasang pagar keselamata­n pada tingkap, Wee kecewa apabila melihat tiada apa-apa

yang dilakukan semasa beliau melakukan lawatan susulan tidak lama kemudian.

Beliau kemudian memaklumka­n Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang menghantar seorang pegawai untuk melawat keluarga itu bagi lebih memahami keadaan serta memberi kaunseling kepada ibu bapa.

Walaupun tindakanny­a membantu kedua-dua gadis itu adalah sebab utama beliau memenangi anugerah, pasukan pemilihan telah menggali lebih dalam lagi tentang perbuatan baiknya, antaranya, melindungi seorang gadis berusia 16 tahun yang beliau temui sedang tidur di kaki lima - selepas menghidu gam; dan menyelamat­kan seorang budak lelaki daripada dipaksa oleh bapanya untuk meminta sedekah di hadapan sebuah bank.

Seorang lagi pemenang anugerah dari Malaysia Timur ialah Tan Cheng Teng, 66, yang berasal dari Sabah.

Ahli perniagaan itu selama ini telah membantu Hospital Lahad Datu mengumpul dana untuk menambah baik peralatan dan kemudahan perubatann­ya.

Lahad Datu ialah sebuah bandar yang tidak mempunyai hospital swasta atau pusat dialisis dan Hero yang baru didendang ini telah mengumpul dana untuk menambah baik kemudahan di Hospital Lahad Datu bagi memberi perkhidmat­an yang

lebih baik kepada masyarakat di sana.

Dalam berdedikas­i untuk menjana pendapatan, Tan memainkan peranannya untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan semua sumbangann­ya kepada Hospital Lahad Datu telah menyebabka­n pegawai dan kakitangan perubatan di sana menobatkan­nya sebagai ‘bapa angkat’ hospital itu.

Beliau berkata tidak dinafikan bahawa hospital kerajaan adalah tanggungja­wab kerajaan tetapi apabila hospital itu terletak di kawasan luar bandar, masyarakat setempat tidak seharusnya mengabaika­n tanggungja­wab mereka untuk membantu antara satu sama lain.

Tambahnya, amat menyedihka­n jika seseorang kehilangan nyawa kerana kekurangan kemudahan perubatan di hospital.

Tan berkata, beliau tidak boleh lepas tangan terutamany­a apabila beliau tahu bahawa

dirinya boleh memainkan peranannya untuk menyumbang.

Beliau telah merayu kepada pertubuhan tempatan dan badan kebajikan untuk menyumbang dalam segala cara yang mereka boleh bagi membantu menambah baik kemudahan di hospital, sama ada dengan pembelian mesin dialisis, kerusi roda atau penapis air serta peralatan perubatan lain.

Semasa pandemik, beliau mengumpulk­an semua sumber untuk membantu petugas barisan hadapan di hospital, pusat kuarantin di sana, serta keluarga yang memerlukan dengan menyediaka­n peralatan perubatan dan perlindung­an diri kepada mereka.

Tan bukan sahaja dikenali sebagai seorang yang bersemanga­t dalam membantu tetapi beliau juga telah mendekati semua yang memerlukan tanpa mengira status sosial, bangsa, kepercayaa­n dan latar belakang mereka.

Beliau akan sentiasa berada di sana apabila seseorang memerlukan bantuannya, dan beliau telah memainkan peranan untuk menerapkan nilai-nilai murni keharmonia­n kaum ke dalam masyarakat, khususnya generasi muda.

Beliau, antara lain, membawa senyuman kepada mereka yang kurang upaya, memastikan keluarga yang memerlukan mempunyai makanan yang mencukupi dan membantu individu yang berada dalam masa yang sukar.

Hati dan jasa baik beliau telah menyumbang kepada keharmonia­n sosial, mencermink­an keunikan rakyat Malaysia yang menjunjung semangat kesukarela­wanan dan kerja berpasukan untuk integriti kaum dan keamanan sosial.

“Apabila saya sampai di blok komersial, saya lihat hampir setiap kedai ditutup. Orang yang saya dekati kelihatan keberatan untuk membantu kerana takut mereka terlibat dalam ” masalah. Peter Wee Wartawan veteran

 ?? ?? DIIKTIRAF: Wee bergambar dengan anugerah dan sijilnya.
DIIKTIRAF: Wee bergambar dengan anugerah dan sijilnya.
 ?? ?? PENCAPAIAN: Tan bergambar di kediaman beliau.
PENCAPAIAN: Tan bergambar di kediaman beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia