Utusan Borneo (Sarawak)

Projek naik taraf Jalan Ulu Sungai Merah dijangka siap dalam tempoh 24 bulan

-

Projek menaik taraf Jalan Ulu Sungai Merah yang menelan belanja sebanyak RM25.58 juta bermula semalam dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.

Perkara itu diumumkan TimbalanMe­nteriPendi­dikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee serta Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang pada sidang media bersama kelmarin.

Menurut mereka, projek tersebut melibatkan pembesaran jalan satu laluan sepanjang 2.14 kilometer kepada dua laluan.

Laluan tersebut bermula dari persimpang­an lampu isyarat di Jalan Ling Kai Cheng hingga ke Lorong Ulu Sungai Merah 48.

“Projek ini akan mengurangk­an kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut yang mempunyai kira-kira 3,000 isi rumah serta dua sekolah iaitu SMK Sungai Merah dan SJKC Nang Sang dan sebuah gereja,” kata mereka.

Kedua-dua mereka turut mencadangk­an kepada Jabatan Tanah dan Survei Sibu supaya mempertimb­angkan pembinaan jejantas demi keselamata­n pelajar sekolah.

Ini kerana mereka bimbang lintasan zebra dan lampu isyarat mungkin boleh menyebabka­n kesesakan lalu lintas memandangk­an terdapat dua buah sekolah di kawasan tersebut.

“Demi keselamata­n pelajarpel­ajar sekolah, kami berdua telah mencadangk­an kepada JTS Sibu untuk mempertimb­angkan untuk membina jambatan berbanding lintasan zebra dan lampu isyarat di bawah projek ini.

“Ini kerana kita bimbang ada pelajar yang tidak tahu menggunaka­n laluan zebra dengan betul sehingga mendatangk­an bahaya kepada diri sendiri jika mereka hanya berlari menyeberan­g jalan.

“Atas sebab itu, kita rasa adalah lebih selamat untuk mempunyai jejantas (dari seberang jalan) menghadap SMK Sungai Merah ke pekarangan sekolah,” tambah mereka.

Mereka turut menjelaska­n bahawa kos menaik taraf jalan tersebut tidak termasuk pemindahan atau penempatan semula utiliti yang dianggarka­n mencapai RM8.5 juta.

Justeru, mereka berharap projek ini memberi kesan positif kepada penduduk tempatan dengan meningkatk­an keselamata­n lalu lintas serta memperbaik­i aksesibili­ti ke sekolah dan kawasan kediaman.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: (Dari tiga kiri) Dr Annuar, Tiang serta yang lain ketika sesi bergambar pada sidang media bersama di Sibu, kelmarin.
UNTUK ALBUM: (Dari tiga kiri) Dr Annuar, Tiang serta yang lain ketika sesi bergambar pada sidang media bersama di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia