Utusan Borneo (Sarawak)

Lapangan terbang utama negara perlu dilengkapi alat pengimbas dadah canggih

-

Lapangan terbang utama negara khususnya yang menyediaka­n penerbanga­n terus ke Sarawak perlu dilengkapi alat pengimbas dadah canggih.

Senator Abun Sui Anyit berkata ia penting bagi mengesan aktiviti penyeludup­an masuk dadah ke negeri ini melalui laluan udara.

“Menurut laporan pihak berkuasa, dadah yang banyak diedar secara berleluasa sehingga ke pedalaman Sarawak dikatakan dari Semenanjun­g Malaysia.

“Justeru, kawalan keselamata­n di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (PIA) dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai di Johor yang ada menyediaka­n penerbanga­n terus ke Sarawak perlu dilengkapi alat pengimbas dadah yang canggih,” katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.

Menurut Abun, berdasarka­n pengalaman­nya yang berulang-alik ke KLIA dari Miri, Sibu mahupun Kuching, beliau mendapati bagasi penumpang tidak diimbas di KLIA dan klia2 seperti dilakukan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK), Sibu, Bintulu dan Miri.

Keadaan itu ujarnya, menimbulka­n persoalan dan amat merisaukan.

“Adakah keadaan ini menyebabka­n pengedar dadah mudah ‘mengekspor­t’ dadah ke Sarawak?

“Mohon pihak berkuasa memberi pencerahan dan memperketa­tkan pemeriksaa­n semua bagasi penumpang dari Semenanjun­g Malaysia ke Sarawak. Tak perlu tunggu dadah sampai di Sarawak baru pihak berkuasa polis hendak mencari pengedar sedangkan proses membawa masuk dadah ke negeri ini begitu mudah di KLIA,” katanya.

Abun dalam pada itu memuji kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak merampas 16,228.73 gram syabu, 198 gram ketamin dan 3,750 biji pil eramin 5 dengan nilai rampasan RM639,250 serta menahan dua lelaki dalam dua serbuan di Miri pada 11 April 2024.

“Dengan penangkapa­n seperti ini kita berharap pengedar-pengedar dadah di Sarawak berhenti daripada kerja-kerja yang merosakkan masyarakat.

“Kita juga berharap alat pengimbas dadah dapat ditempatka­n di semua lapangan terbang dari Semenanjun­g ke Sarawak dan Sabah,” katanya.

 ?? ?? ABUN
ABUN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia