Utusan Borneo (Sarawak)

Pertahanka­n kerukunan hidup di Sarawak:Premier

Sama ada ketika menyambut perayaan mahupun ketika bekerja dalam pelbagai sektor

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud Premier Sarawak

BINTULU: Kerukunan hidup rakyat Sarawak merupakan budaya yang harus dipertahan­kan sama ada ketika menyambut perayaan mahupun semasa melakukan tugas atau bekerja dalam pelbagai sektor.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, rakyat dapat merayakan Aidilfitri dalam suasana aman dan makmur yang mana semalam adalah hari kelapan berhari raya di Sarawak.

Katanya, dengan rakanrakan bukan Islam, kalau diperhatik­an semasa bulan puasa semua kaum berbuka puasa bersama dan yang tidak berpuasa pun sabar menunggu beduk berbunyi untuk berbuka puasa.

“Ini kerana mereka hormat dengan bulan puasa,” ujarnya ketika berucap pada perasmian Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bersama YAB Premier yang dihadiri lebih 5,000 penduduk pelbagai kaum di Naim Street Mall Bintulu Paragon, semalam.

“Inilah budaya kita di Sarawak, kita hidup sebagai sebuah keluarga, ciri-ciri yang menjadi contoh kepada orang lain.

“Bak kata orang Semenanjun­g kalau hendak melihat perpaduan kukuh lihatlah di Sarawak, kita ikutlah orang di Sarawak,” katanya.

Justeru katanya, budaya ini harus dipertahan­kan iaitu apabila waktu beraya beraya bersama dan waktu bekerja bekerja bersamasam­a untuk membangunk­an masyarakat.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi BDA Dato Haidar Khan Asghar Khan berkata, kehadiran penduduk pelbagai kaum pada majlis itu memperliha­tkan kerukunan hidup masyarakat majmuk di negeri ini yang wajar dipertahan­kan.

“Kehidupan penduduk aman damai di negeri ini diharap akan menjadi contoh bukan sahaja di Malaysia bahkan di dunia,” katanya.

Beliau turut menyeru penduduk negeri ini terus memberi

sokongan padu kepada kepimpinan Premier Abang Johari yang berusaha memaju dan memakmurka­n Sarawak ke arah negeri berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

Katanya, Bintulu akan mengalami gelombang pembanguna­n kedua yang berterusan pada masa akan datang.

Terdahulu, pada majlis itu dua pertubuhan bukan

kerajaan (NGO) menerima sumbangan raya masing-masingnya berjumlah RM5,000 iaitu Persatuan Bula Sabit Merah (PBSM) Cabang Bintulu dan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Orang Kurang Upaya (OKU) Gemilang.

Penyampaia­n sumbangan untuk PDK OKU Gemilang diterima oleh Pengerusin­ya Mohamad Zephyan

Nasution Junaidi.

Sumbangan duit raya juga turut disampaika­n kepada anak-anak OKU dan golongan asnaf.

Sebanyak 31 gerai pihak berkepenti­ngan dan 12 gerai Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di Bintulu menyediaka­n pelbagai juadah makanan pada majlis tersebut.

“Inilah budaya kita di Sarawak, kita hidup sebagai sebuah keluarga, ciri-ciri yang menjadi contoh kepada orang ” lain. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Haidar (tiga kiri).
PENGHARGAA­N: Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Haidar (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia