Utusan Borneo (Sarawak)

Kemudahan di LTAK perlu dinaik taraf: Karim

Wajar miliki kemudahan berkualiti kerana ia juga menerima ketibaan antarabang­sa

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kemudahan di lapangan terbang khasnya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) perlu dinaik taraf sama standard seperti lapangan terbang antarabang­sa lain.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika membuat gesaan itu berkata, sewajarnya LTAK mempunyai kemudahan berkualiti seperti tandas, kaunter untuk daftar masuk, bagasi keluar dan sebagainya seperti yang lain kerana ia juga menerima ketibaan antarabang­sa.

“Secara peribadi saya melihat lapangan terbang kita banyak yang perlu dinaik taraf. Saya sangatsang­at kecewa.

“Dan itulah sebabnya MAB (Malaysia Airport Berhad), jangan hanya fokus di KLIA (Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur).

“Kuching juga merupakan lapangan terbang antarabang­sa, Kota Kinabalu juga merupakan lapangan terbang antarabang­sa.

“Kami memang ada pelawat yang datang dari peringkat antarabang­sa, dari tempat lain yang datang ke Kuching, anda juga mesti melihat semua itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Tambah Abdul Karim, kini bilangan orang yang melalui lapangan terbang telah melepasi semua unjuran sebelumnya dan terdapat keperluan untuk ia dinaik taraf menjadi lapangan terbang yang lebih besar.

“Namun sebelum ia sampai ke peringkat itu, tidak salah untuk memastikan kemudahan yang ada adalah sesuai.

“Terutama apabila anda berlepas dari Sarawak, jika anda berlepas untuk antarabang­sa sebagai contoh pergi ke Singapura, anda masuk ke balai berlepas itu tetapi tiada tandas,” tegasnya.

Abdul Karim berkata, apa yang penting adalah standard sesebuah lapangan terbang itu harus ada, sama ada ia adalah lapangan terbang kecil atau besar.

Beliau berharap pihak berwajib meneliti perkara berkenaan dan tidak hanya memberikan jawapan yang mudah sahaja.

“Saya harus mengakui bahawa ia tidak benar-benar mencapai sasaran.

“Sama ada dari segi tandas, sama ada dari segi perkhidmat­an yang anda

perlu lakukan. Jangan datang Malaysia sahaja, anda hanya perlukan KLIA saja,” katanya.

“Secara peribadi saya melihat lapangan terbang kita banyak yang perlu dinaik taraf. Saya sangat-sangat ” kecewa. Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

 ?? — Gambar Mohd Faisal Ahmad ?? PERLU NAIK TARAF: Abdul Karim pada sidang media semalam menggesa pihak berwajib menaik taraf kemudahan di LTAK
— Gambar Mohd Faisal Ahmad PERLU NAIK TARAF: Abdul Karim pada sidang media semalam menggesa pihak berwajib menaik taraf kemudahan di LTAK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia