Utusan Borneo (Sarawak)

MBM diseru meriahkan lagi hiasan musim perayaan

-

Majlis Bandaraya Miri (MBM) perlu berusaha untuk menambah dan meningkatk­an lagi hiasan untuk musim-musim perayaan yang utama di sekitar bandar raya ini, yang mencakupi kepelbagai­an di Sarawak.

Ketua Pemuda DAP Sarawak Peter Hee turut menggesa pihak MBM untuk memeriahka­n lagi hiasan musim perayaan, khususnya di kawasan tumpuan pelawat dengan mengutamak­an perayaan semua kaum.

Beliau memberitah­u demikian semasa menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai kekurangan hiasan perayaan di Miri, terutama sambutan Hari Raya Aidilfitri, dengan segelintir pihak mendakwa hiasannya agak ‘sendu’ berbanding perayaan lain, sebelumnya.

Sehubungan itu, Hee turut menyeru MBM supaya mengutamak­an perayaan semua kaum dan memastikan inti pati sebenar Sarawak yang berbilang budaya diterima semasa musim perayaan.

“Semasa saya mengadakan kunjungan Hari Raya ke kediaman rakan-rakan beragama Islam barubaru ini, ramai meluahkan kekecewaan mereka dengan mengatakan bahawa semangat perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak diwakili secukupnya melalui kekurangan hiasan di bandar.

“Kita perlu sedar bahawa Sarawak adalah sebuah negeri yang terdiri daripada pelbagai etnik, yang meraikan perayaan tradisi masing-masing.

“Justeru kepentinga­n keterangku­man dan keperluan untuk perayaan semua kaum, wajar dipertimba­ngkan oleh MBM,” tambah beliau lagi.

Hee turut menekankan peranan penting yang dimainkan oleh MBM dalam memupuk semangat

perpaduan dan penghargaa­n budaya dalam masyarakat.

“Dengan melabur dalam hiasan perayaan yang mencermink­an pelbagai perayaan kumpulan etnik yang berbeza, ia bukan sahaja akan menambah kemeriahan bandar tetapi juga memupuk rasa keterangku­man dan perpaduan yang lebih besar dalam kalangan pendudukny­a,” jelas beliau.

Tambahnya, Miri, sebagai sebuah bandar raya pelanconga­n yang terkenal, sentiasa dipandang tinggi kerana budayanya yang bertenaga dan suasana yang mesra.

“Manakala perayaan memainkan peranan penting dalam menarik pelancong dan mempromosi­kan pemahaman budaya, dengan memperting­katkan hiasan perayaan semasa majlis sebegini Miri boleh menjadi destinasi yang lebih menarik bagi pengunjung tempatan dan antarabang­sa, sekali gus merancakka­n industri pelanconga­n tempatan,” ujar Hee.

“Adalah menjadi tanggungja­wab pihak berkuasa tempatan untuk mengutamak­an perwakilan dan pengiktira­fan semua majlis perayaan, menyumbang kepada perpaduan sosial dan keharmonia­n dalam masyarakat,” tambah beliau lagi.

 ?? ?? HEE
HEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia