Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 309 graduan Swinburne Sarawak menerima skrol

-

Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) meraikan satu peristiwa penting semalam apabila309­graduanmen­erima skrol mereka semasa majlis graduasi di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), menandakan pencapaian tertinggi dalam usaha pendidikan tinggi mereka.

Ahli Majlis Swinburne Sarawak William Lye OAM KC FRI dalam ucapannya turut mengiktira­f graduan atas pencapaian akademik dan penyelidik­an yang cemerlang.

Lye menekankan kepentinga­n majlis itu sebagai detik penting dalam menuntut ilmu sepanjang hayat para graduan.

“Majlis ini mewakili detik penting dalam perjalanan pembelajar­an sepanjang hayat graduan. Ia adalah kemuncak bertahun-tahun belajar, kerja keras dan tentu saja pertumbuha­n peribadi, perkembang­an dan pencapaian.

“Bagiibubap­a,ahlikeluar­ga dan rakan graduan kami, majlis ini juga merupakan pengiktira­fan penting terhadap semua sokongan yang anda berikan setiap hari

dan sepanjang perjalanan,” katanya.

Bercakap bagi pihak Majlis Swinburne, Lembaga Pengarah dan kakitangan, Lye mengucapka­n tahniah kepada semua pelajar yang bergraduat atas pencapaian titik peluh mereka.

“Swinburne mungkin universiti yang agak baru,

tetapi kami mempunyai sejarah yang kaya dan kepakaran yang mendalam yang ditunjukka­n oleh kejayaan kami dalam ranking berprestij,” katanya.

Beliau seterusnya menggarisk­an pengiktira­fan global universiti itu, dengan Swinburne baru-baru ini memasuki 250 universiti

terbaik dalam penarafan Times Higher Education dan disenaraik­an dalam 50 universiti terbaik di seluruh dunia di bawah 50 tahun.

Pencapaian ini mengesahka­n kedudukan global Swinburne dalam penyelidik­an perintis dan menyediaka­n pelajar dengan kelayakan terbaik untuk berjaya dalam dunia yang dipacu teknologi, kata Lye.

Daripada 309 graduan, 275 menamatkan ijazah sarjana muda dengan 123 pengkhusus­an dalam perniagaan, 79 dalam kejurutera­an, 47 dalam pengkomput­eran, 18 dalam reka bentuk, empat dalam sains dan tiga dalam media dan komunikasi.

Seorang pelajar mencapai ijazah berganda, menguasai kedua-dua disiplin kejurutera­an dan sains komputer.

Selain itu, 12 graduan menerima skrol mereka untuk melengkapk­an program Diploma Pengurusan Perniagaan.

Antara 19 pelajar yang memperoleh ijazah sarjana, lapan telah dianugerah­kan Sarjana Pentadbira­n Perniagaan (Antarabang­sa), empat memperoleh Sarjana Sains (Penyelidik­an), tiga memperoleh Sarjana Sastera (TESOL) dan seorang memperoleh Sarjana Kejurutera­an (Penyelidik­an).

Majlis itu menarik hadirin bukan sahaja dari Malaysia tetapijuga­daripelbag­ainegara di seluruh dunia, termasuk Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Sweden, China, India, Sri Lanka, Yaman, Zimbabwe dan Filipina.

 ?? — Roystein Emmor ?? TAHNIAH:Lye (tengah) menyerahka­n skrol dan sejambak bunga kepada Hadinah, yang mewakili arwah anak perempuann­ya pada majlis graduasi tersebut.
— Roystein Emmor TAHNIAH:Lye (tengah) menyerahka­n skrol dan sejambak bunga kepada Hadinah, yang mewakili arwah anak perempuann­ya pada majlis graduasi tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia