Utusan Borneo (Sarawak)

SIP diperbesar, gamit lebih pelaburan

-

4 Dari Muka 1

Justeru, Abang Johari mengemukak­an idea baharunya untuk menghasilk­an lebih banyak tenaga daripada sumber alam di negeri ini, antaranya penjanaan tenaga kinetik melalui alunan gelombang laut.

“Semua orang tahu mengenai gas masam, biogas dan gas tetapi saya ingin mencuba cara baharu menghasilk­an tenaga menggunaka­n gelombang dengan percubaann­ya akan dilakukan di Samalaju.

“Kita ada jeti sedia ada lebih kurang panjangnya 3.5 kilometer (km), kita letakkan tenaga dengan kuasa alunan gelombang air laut, ini sebagai kaedah baharu yang tidak pernah terfikir oleh orang yang akan kita cuba laksanakan di Bintulu.

“Sekiranya berjaya, Bintulu akan menjadi satusatuny­a tempat di dunia yang menggunaka­n gelombang laut untuk menjana tenaga elektrik.

“Saya ingin mencuba semua termasuk menghasilk­an tenaga elektrik berkonsepk­an graviti kerana kita ada air, banyak sumber termasuk gelombang dan kita akan gunakan semua sumber ini untuk menjana ekonomi baharu negeri ini,” katanya.

Abang Johari turut menjelaska­n mengenai pengambila­lihan Pelabuhan Bintulu oleh kerajaan Sarawak daripada kerajaan persekutua­n.

“Alhamdulil­ah Pelabuhan Bintulu akan balik kepada

Sarawak setelah 43 tahun Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) di bawah kerajaan persekutua­n.

“Selepas Jun tahun ini, undang-undang ditarik balik maka akan diserahkan kepada Sarawak untuk menguruska­n Pelabuhan Bintulu.

“Saya ada rancangan untuk Pelabuhan Bintulu ini tetapi saya tidak dapat memberitah­unya sekarang.

“Biar saya simpan dulu, insya-Allah apabila Pelabuhan Bintulu telah diambil alih, saya ada rancangan untuk menjadikan pelabuhan ini sebagai hab terpenting di rantau ASEAN.

“Sabar, doalah, jangan lupa doa, insya-Allah, Allah akan memberkati kita,” katanya.

Oleh yang demikian, Abang Johari berkata kerjasama dan perpaduana­matpenting­untuk menjana pembanguna­n di Sarawak yang akan tertumpu di Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu sehingga 2030.

“Di Miri serta Kuching ada projek besar dan di Sibu saya ingin ubah landskap bandar Sibu termasuk Bintulu dalam penyediaan kemudahan Sistem Transit Aliran Automasi (ART) yang mana kajian fasilitiny­a telah dilaksanak­an,” katanya.

BDA katanya, juga akan menggunaka­n teknologi terkini dalam menguruska­n bahan buangan di Bintulu, justeru beliau mendoakan Sarawak terus aman dan makmur, rakyat bersatu padu tanpa mengira latar belakang bersama menjadikan Sarawak sebagai wilayah termaju di Malaysia pada 2030.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia