Utusan Borneo (Sarawak)

IMEX Frankfurt 2024 promosi Sarawak sebagai destinasi acara perniagaan

- Dari Muka 1

“Dengan Sarawak berkongsi misi yang sama, Pavilion Sarawak bertemakan ‘Acara Perniagaan yang Menyokong Pembanguna­n Komuniti’ meraikan keutamaan industri dalam menerajui perubahan sosial dan ekonomi melalui acara perniagaan.

“Perkara utama Pavilion Sarawak adalah mengenai Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 2030, Impak Legasi Acara Perniagaan dan Jurnal Antarabang­sa mengenai Acara dan Warisan Perniagaan (IJBEL).

“Dalam hal ini, IJBEL Jilid 2 Isu 2 akan dilancarka­n pada pameran dagangan; edisi yang memfokuska­n pada kemampanan yang sejajar dengan penekanan industri global terhadap mesyuarat mampan,” katanya.

Penganjur pavilion, BESarawak bekerjasam­a dengan Culinary Heritage & Arts Society (CHASS), UNESCO Creative Cities Network (UCCN) Kuching Creative City of Gastronomy dan penyedia makanan dan minuman, The Bibber’s Tale untuk menggambar­kan hubungan antara acara perniagaan dan komuniti kreatif.

Pengunjung akan disambut ke dalam dunia masakan dan budaya yang menarik serta menonjolka­n kreativiti dan elemen baharu yang menggabung­kan bahanbahan asli Sarawak untuk mencipta profil rasa baharu.

IMEX Frankfurt ialah pameran perdaganga­n acara perniagaan terbesar di Eropah dan antara yang terkemuka di dunia dengan 2,500 peserta pameran dan lebih 3,000 pelawat berhimpun di tapak pameran Messe Frankfurt.

Mengenai perkembang­an lain berhubung pergolakan di Timur Tengah yang mungkin memberi impak kepada sektor pelanconga­n, Abdul Karim berkata, ia bergantung kepada laluan penerbanga­n yang terkesan akibat pergolakan di Timur Tengah.

“Dari segi sektor pelanconga­n ia bergantung kepada laluan penerbanga­n, tetapi kesan yang besar sudah pasti lebih kepada kenaikan seperti minyak dan sebagainya. Ini terutama negara-negara yang terjejas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia