Utusan Borneo (Sarawak)

Cubaan bawa barang kawalan tanpa dokumen gagal

-

Seorang lelaki ditahan selepas didapati membawa pelbagai barang kawalan disyaki tanpa dokumen pengisytih­aran di kedudukan 0.4 batu nautika selatan Jeti CIQ Tawau, di sini kelmarin.

Suspek warga tempatan berusia 37 tahun itu ditahan oleh anggota Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menerusi Op Khas Pagar Laut dan Op Tiris, kira-kira jam 1.15 petang.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai aktiviti pemunggaha­n barangan runcit di kawasan Jeti CIQ Tawau.

Katanya, bot peronda Maritim Malaysia telah diatur gerak untuk menjalanka­n pemeriksaa­n dan menemukan sebuah bot yang sarat dengan muatan barang runcit.

“Pemeriksaa­n ke atas bot berkenaan, menemukan 200 kilogram beras, 10 kotak minyak masak, 204 kilogram gula pasir, tiga gelen petrol dan tiga tong gas LPG disyaki untuk pasaran di Pulau Sebatik.

“Juragan bot terbabit turut gagal mengemukak­an dokumen pengisytih­araan kastam berkaitan barangan yang

dibawa dan tidak mempunyai lesen runcit beras,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Menurutnya, juragan, bot serta muatan ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.

“Semua barangan termasuk bot kargo, enjin dan barang kawalan berkenaan disita, manakala nilai keseluruha­n rampasan dianggarka­n berjumlah

hampir RM27,000,” katanya.

Katanya, modus operandi peniaga membawa barangan runcit dalam kuantiti yang kecil secara berulang perlu dibanteras bagi mengelakka­n sindiket penyeludup­an membawa barang kawalan ke negara jiran.

Shahrizan berkata, penguatkua­saan akan terus diperkasa bagi membantera­s sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang tanpa mengira kuantiti barangan

yang dibawa, khususnya di perairan Tawau.

“Maritim Malaysia memandang serius segala aktiviti jenayah rentas sempadan. Aset-aset ronda akan sentiasa bersiap sedia untuk diatur gerak pada bila-bila masa bagi menghadapi sebarang situasi.

“Sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut boleh disalurkan terus ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999,” katanya.

 ?? ?? RAMPAS: Suspek dan barang kawalan yang dirampas dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut.
RAMPAS: Suspek dan barang kawalan yang dirampas dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia