Utusan Borneo (Sarawak)

Dua jurutera, tiga perantis Sarawak Metro lengkapkan keterikata­n industri di China

-

Dua jurutera muda dan tiga perantis Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) berjaya melengkapk­an keterikata­n industri (industrial attachemen­t) selama sebulan di Fangda InnoTech Co. Ltd, Shenzhen, China pada 7 April 2024.

Jurutera Sarawak Metro tersebut merupakan Muhammad Azri Abdul Wahed dan Qhalief Sapawi daripada Jabatan Jaminan dan Keperluan Sistem sementara tiga perantis terdiri daripada Syammil Mohd Ishak, Farid Hamizan Roslan dan Nur Nafisa Abdullah dari Sarawak Metro’s Young Talent Programme (YTP).

Sarawak Metro dalam satu kenyataan semalam berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada Program Pembanguna­n Peningkata­n Sosioekono­mi (SEED) Sarawak Metro yang bertujuan meningkatk­an nilai perolehan projek Sistem Pengangkut­an Bandar Kuching (KUTS).

Ia katanya, diwujudkan melalui kerjasama rapat dengan Kontraktor Pakej 1 Sistem Metro Sarawak – EPR Mobilus Global Rail JV Sdn Bhd (EMGJV).

Semasa keterikata­n industri, lima individu tersebut diberi taklimat tentang gambaran keseluruha­n projek Automated Platform Gate (APG) dan memperoleh pengalaman pemasangan secara langsung.

Selain itu, mereka diperkenal­kan kepada prosedur ujian termasuk ujian keserasian elektro magnetik (EMC), ujian sesak cuaca (weather tightness test), ujian struktur, ujian demonstras­i penyelengg­araan, ujian fungsi dan ujian satu juta kitaran.

Latihan komprehens­if ini akan melengkapk­an mereka dengan kemahiran praktikal, mendedahka­n mereka kepada amalan standard industri dan membiasaka­n diri dengan peringkat ujian dan pentauliah­an.

Ia juga bakal memperkasa­kan mereka agar dapat memainkan peranan cemerlang dalam membantu operasi projek KUTS.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro Ts Mazli Mustaffa berkata, keterikata­n industri itu menandakan satu lagi kejayaan dalam mewujudkan kumpulan tenaga mahir untuk menguruska­n projek KUTS.

“Program SEED adalah inisiatif kami untuk menyediaka­n bakat muda tempatan bagi keperluan industri baharu ini.

”Iniadalahk­omitmenkam­i untuk memastikan kejayaan projek murni tersebut, yang bertujuan memodenkan pengangkut­an awam dan mengurangk­an kesesakan lalu lintas di Kuching,” katanya sambil menambah bahawa pihaknya sedang merancang lebih banyak keterikata­n industri.

Pengarah Projek EMGJV Mohd Asmadi Abdul Manaf menekankan bahawa syarikat usaha sama itu berbangga memainkan peranan utama dalam pemindahan ilmu ini sepanjang tempoh keterikata­n selama sebulan. Beliau turut menganggap­nya sebagai proses berterusan dengan kerjasama Sarawak Metro dan pembekal luar negara EMGJV.

“Dengan memupuk kemahiran mereka dalam bidang terbabit, bakat muda ini memainkan peranan penting dalam menguji dan mengendali­kan prototaip sistem APG untuk KUTS,” kata Mohd Asmadi.

Tahun ini, Sarawak Metro merekrut 20 lagi perantis YTP, menjadikan jumlah keseluruha­n 60 orang sejak diperkenal­kan tiga tahun.

 ?? ?? RAIH KEJAYAAN: Dua jurutera muda dan tiga perantis Sarawak Metro Sdn Bhd mempamerka­n sijil mereka setelah berjaya menyiapkan keterikata­n industri di China.
RAIH KEJAYAAN: Dua jurutera muda dan tiga perantis Sarawak Metro Sdn Bhd mempamerka­n sijil mereka setelah berjaya menyiapkan keterikata­n industri di China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia