Utusan Borneo (Sarawak)

Kanyan rintis pengeluara­n sardin dalam tin

Ahli MDLBS Henry Kanyan Vincent Rawing orang Iban pertama keluarkan sardin dengan jenama sendiri

- Oleh Andy Sabang

Setakat ini sebanyak 15,000 tin sudah terjual. Sasaran saya adalah untuk menjual 24,000 tin dalam tempoh enam bulan pertama.

SIBU: Ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Henry Kanyan Vincent Rawing menjadi orang Iban pertama yang mengeluark­an sardin dalam tin dengan jenama sendiri iaitu Henry Kanyan.

Kanyan berkata, produk sardin Henry Kanyan yang berharga RM5.80 setin seberat 425 gram itu dijual secara jualan langsung mulai Januari lalu.

“Setakat ini sebanyak 15,000 tin sudah terjual. Sasaran saya adalah untuk menjual 24,000 tin dalam tempoh enam bulan pertama,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau mengakui memutuskan untuk menceburi industri makanan kerana potensinya.

Idea untuk memiliki jenama sendiri bermula selepas beliau berkawan dengan pereka fesyen dari Kuala Lumpur Dato Sri Anas Abdullah semasa Karnival Selangau tahun lalu, katanya.

Menurutnya, Anas memperkena­lkannya kepada ‘bos’ sebuah syarikat pengeluar makanan di Ipoh, Perak pada Oktober tahun lalu.

“Saya memberitah­unya minat saya untuk memiliki

Henry Kanyan Vincent Rawing Ahli MDLBS

makanan dalam tin di bawah label saya sendiri.

“Selepas perbincang­an, saya memutuskan untuk menghasilk­an sardin dalam tin.

“Beliau memberi jaminan saya tidak perlu risau mengenai pensijilan halal kerana kilang mereka sudah pun mendapat sijil halal,” jelasnya.

Kanyan yang berasal dari Nanga Sekuau di Selangau berkata, rakan-rakannya menentang idea untuk menggunaka­n nama sendiri sebagai jenama produk jika mahu menarik pengguna Islam.

“Saya memberitah­u mereka

ada produk tertentu menggunaka­n nama Cina dan ia menjadi pilihan utama pengguna Islam.

“Saya kata kumpulan sasar saya ialah masyarakat Iban yang kebanyakan­nya di kawasan luar bandar di mana beberapa petempatan terletak jauh dari kedai.

“Atas sebab ini, saya berpendapa­t ikan sardin dalam

tin boleh dijual kerana ia mempunyai jangka hayat selama tiga tahun,” tambah beliau.

Kanyan menambah, beliau boleh meminimumk­an kerugian dengan menjual makanan dalam tin.

“Adalah tidak boleh diterima sekiranya saya gagal menjual ikan sardin dalam tempoh tiga tahun.

“Sekiranya saya tidak dapat mencapai sasaran jualan, saya boleh memberitah­u pengeluar untuk menghentik­an pengeluara­n bagi mengelakka­n kerugian,” katanya.

Beliau kemudianny­a menyeru orang Dayak supaya memandang serius industri makanan sama ada dengan mengeluark­an produk sendiri atau melalui pertanian.

 ?? ?? PRODUK TIN: Sardin ini diproses di kilang pemprosesa­n makanan di Ipoh, Perak.
PRODUK TIN: Sardin ini diproses di kilang pemprosesa­n makanan di Ipoh, Perak.
 ?? ?? BANGGA: Kanyan orang Iban pertama mengeluark­an sardin dalam tin atas jenama sendiri.
BANGGA: Kanyan orang Iban pertama mengeluark­an sardin dalam tin atas jenama sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia