Utusan Borneo (Sarawak)

Pelaburan RM329.5 bilion pada 2023 tertinggi

Ia pelaburan tertinggi sejak penubuhan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 1967

-

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya meraih pelaburan bernilai RM329.5 bilion tahun lepas, yang tertinggi sejak penubuhan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 1967, kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya DatukArham­AbdulRahma­n yang bersara semalam.

Arham, yang dilantik menerajui agensi itu pada April 2021, berkata ia sememangny­a satu kejayaan yang luar biasa bagi negara dalam menarik pelaburan asing dan domestik serta mencapai kedudukan yang menggalakk­an dalam Indeks Peluang Global (GOI) 2024 daripada Milken Institute iaitu badan pemikir ekonomi Amerika Syarikat bulan lepas.

“Kejayaan ini adalah bukti usaha kolektif kami. Bukan sahaja MITI dan MIDA, tetapi ini adalah untuk seluruh negara dan juga pendekatan dan inisiatif daripada kerajaan yang melibatkan kementeria­n dan agensi lain,” katanya dalam temu bual dengan Bernama di sini semalam.

Ketua pegawai eksekutif yang berusia 61 tahun itu, dan telah berkhidmat dengan MIDA selama 34 tahun dan lapan bulan, turut mengingatk­an bahawa semua pihak tidak seharusnya berpuas hati dalam meningkatk­an usaha untuk mempromosi daya tarikan Malaysia kerana negara-negara jiran lain turut mengintai sebahagian daripada ‘kek pelaburan’.

“Walaupun kita telah

Kejayaan ini adalah bukti usaha kolektif kami. Bukan sahaja MITI dan MIDA, tetapi ini adalah untuk seluruh negara dan juga pendekatan dan inisiatif daripada kerajaan yang melibatkan kementeria­n dan agensi lain.

Datuk Arham Abdul Rahman Ketua Pegawai Eksekutif MIDA

mencapai rekod yang baik dari segi pelaburan yang diperoleh terutamany­a pada tahun 2023, nasihat saya ialah kita jangan leka kerana masih banyak kerja yang perlu dilakukan,” tambahnya.

Mengenai pencapaian objektif Pelan Induk Perindustr­ian Baharu 2030 (NIMP 2030), Arham berkata profil pelaburan telah bergerak ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dan berfokuska­n inovasi. Malaysia pula sangat fokus untuk menarik pelaburan yang berkualiti.

Beliau berkata ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia mendapat manfaat daripadape­nciptaanpe­kerjaan dan menghasilk­an daya tahan ekonomi yang menjamin masa depan.

“Malaysia tidak lagi bergantung kepada pelaburan yang menghasilk­an kemahiran rendah, dan berintensi­fkan buruh tetapi lebih menumpukan kepada pelaburan berintensi­fkan modal, pengetahua­n dan teknologi untuk mewujudkan

pekerjaan bergaji tinggi, berkualiti tinggi dan menyumbang kepada pelaburan mampan sejajar dengan objektif Net-Zero.

“Pelaburan berkualiti akan merangsang landskap pelaburan domestik melalui pemindahan pengetahua­n dan teknologi,” tambahnya.

Sehubungan itu, Arham berkata MIDA akan terus menarik projek-projek strategik yang disasarkan dengan insentif di bawah Jawatankua­sa Pelaburan Kebangsaan (NCI) untuk

membangunk­an bakat tempatan melalui program latihan dan membangunk­an vendor tempatan melalui Program Pembanguna­n Vendor (VDP).

Beliau menekankan bahawa NIMP 2030 akan membimbing Malaysia dalam menarik pelaburan berkualiti dalam tempoh enam tahun akan datang, melengkapk­an dasar-dasar negara yang lebih luas termasuk Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 dan Rangka Kerja Ekonomi MADANI.

Katanya pendekatan Malaysia dalam menyasarka­n pelaburan asing setakat ini sangat berkesan bagi memaksimum­kan faedah sambil mengurangk­an potensi risiko.

“Ia membolehka­n kami mencapai keseimbang­an di antara keterbukaa­n kepada modal asing dan menjaga kepentinga­n negara, yang pada akhirnya menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi yang mampan dan inklusif,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RANCAKKAN PELABURAN: Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Arham Abdul Rahman di pejabat MIDA. Sebagai peneraju pembanguna­n ekonomi Malaysia, MIDA secara strategik membawa masuk pelaburan-pelaburan utama ke negara ini.
— Gambar Bernama RANCAKKAN PELABURAN: Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Arham Abdul Rahman di pejabat MIDA. Sebagai peneraju pembanguna­n ekonomi Malaysia, MIDA secara strategik membawa masuk pelaburan-pelaburan utama ke negara ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? EKSKLUSIF: Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Arham Abdul Rahman semasa temu ramah eksklusif bersama BERNAMA di MIDA baru-baru ini.
— Gambar Bernama EKSKLUSIF: Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Arham Abdul Rahman semasa temu ramah eksklusif bersama BERNAMA di MIDA baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia