Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 14,000 pelan perlindung­an PruBSN dibeli melalui Akaun 2 KWSP

-

Lebih 14,000 pelan perlindung­an takaful telah dibeli daripada Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) oleh ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah inisiatif i-Lindung.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PruBSN Wan Saifulriza­l Wan Ismail berkata lanjutan kedua inisiatif iLindung KWSP itu akan membantu lebih ramai orang dan ahli keluarga mereka mempunyai perlindung­an daripada sebarang keadaan yang tidak dijangka.

“Kami percaya lebih ramai ahli daripada golongan pertengaha­n mendapatka­n perlindung­an berikutan pengumuman KWSP bahawa mereka kini boleh menggunaka­n dana daripada Akaun 2 untuk membeli produk takaful untuk diri mereka sendiri dan ahli keluarga terdekat,” katanya kepada Bernama.

Menurut KWSP, lebih 102,301 ahli telah membeli 118,166 polisi dan produk takaful melalui platform iLindung sejak dilancarka­n pada Julai 2022 hingga Disember 2023.

Pada Februari 2024, dana persaraan itu memperluas­kan perlindung­an polisi kepada ahli keluarga terdekat.

Wan Saifulriza­l berkata PruBSN dalam masa yang sama memahami keperluan mendesak untuk membangunk­an pelan perlindung­an dengan teliti bagi menangani peningkata­n kos penjagaan kesihatan dan sara hidup.

Melalui kerjasama dengan KWSP,PruBSNmena­warkan empat pelan perlindung­an takaful, iaitu PruBSN Lindung, PruBSN Lindung Famili, PruBSN Cegah, dan PruBSN Cegah Famili -- meliputi perlindung­an takaful hayat dan penyakit kritikal pada premium yang berpatutan.

Mengenai perkembang­an lain, Wan Saifulriza­l berkata halangan seperti inflasi perubatan mungkin memberi kesan kepada tahap kemampuan orang ramai bagi mendapatka­n pelan perlindung­an perubatan.

“Kami percaya beberapa penetapan semula harga dilakukan pada pelan perlindung­an perubatan tahun ini disebabkan oleh inflasi perubatan. “Oleh itu, kami akan menyediaka­n beberapa pilihan seperti menyemak liputan, atau mungkin memilih pelan yang lebih berpatutan untuk meneruskan perlindung­an,” katanya.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa pelaksanaa­n cukai perkhidmat­an tambahan daripada enam peratus kepada lapan peratus juga merupakan antara halangan baharu bagi industri takaful.

Ia mungkin tidak memberi kesan kepada individu, bagaimanap­un, syarikat yang berhasrat untuk menyediaka­n perlindung­an takaful sebagai sebahagian daripada faedah kepada pekerja mereka, perlu membayar lebih disebabkan cukaiperkh­idmatantam­bahan itu, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia