Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia nyatakan minat jadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026

-

Malaysia menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026 bagi menzahirka­n keazaman dalam mempromosi­kan industri pelayaran sebagai pemangkin ekonomi yang berpotensi untuk negara, menurut Kementeria­n Pengangkut­an (MOT).

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke yang merupakan Menteri

Pengangkut­an Malaysia pertama menghadiri persidanga­n tahunan Seatrade Cruise Global 2024 di Miami, Florida, memaklumka­n hasrat berkenaan selepas menghadiri persidanga­n empat hari itu bermula 8 April lepas.

“Menteri Pengangkut­an (Loke) telah menyampaik­an kesungguha­n Malaysia untuk menjadi destinasi pelayaran utama melalui delegasi ke

Seatrade Cruise Global 2024,” menurut MOT dalam satu kenyataan semalam.

Seatrade Cruise Global merupakan persidanga­n tahunan yang mengumpulk­an pakar industri daripada 80 syarikat pelayaran dari 120 negara.

Menurut MOT, Loke turut mempelawa pengendali kapal pelayaran yang menghadiri persidanga­n itu untuk memanfaatk­an infrastruk­tur pelabuhan pelayaran di Malaysia antaranya Langkawi Cruise Terminal, Swettenham Pier Cruise Terminal di Pulau Pinang, Port Klang Cruise Terminal, Melaka Internatio­nal Cruise Terminal serta beberapa pelabuhan di Sabah dan Sarawak di sepanjang pesisiran Laut China Selatan.

Kementeria­n itu memaklumka­n industri pelayaran dapat membantu pembanguna­n rantaian bekalan hijau di Malaysia, termasuk shore power dan green bunkering atau penyediaan bahan api lestari selaras dengan sasaran pelepasan sifar bersih di bawah Strategi Pertubuhan Maritim Antarabang­sa mengenai Penguranga­n Pelepasan Gas Rumah Hijau dari Kapal.

MOT turut memaklumka­n kementeria­n itu bekerjasam­a rapat dengan Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi homeport yang terpilih di rantau Asia-Pasifik.

Menurut MOT, kerjasama itu diwujudkan mengambil contoh permintaan untuk pelanconga­n pelayaran yang tumbuh dengan pesat di China dan sedang berkembang di India.

“Kepelbagai­an budaya

Malaysia dan rantau ASEAN sememangny­a boleh menawarkan pengalaman bercuti yang menarik kepada pelancong China dan India,” menurut MOT.

Kementeria­n itu optimis bahawa kepesatan pelanconga­n pelayaran dapat memberi kesan kepada limpahan ekonomi bagi peruncitan, makanan, minuman serta perhotelan di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia