Utusan Borneo (Sarawak)

Lagu raya diiringi muzik ‘urumi’ tambat hati rakyat Malaysia

-

Sekadar mahu meredakan ‘ketegangan perkauman’ di media sosial, sekumpulan anak muda dari Kumpulan Sai Naga Urumi Melam, tampil mencipta kelainan dengan mendendang­kan lagu Suasana Hari Raya dan Seloka Hari Raya menerusi rentak gendang ‘urumi’.

Tidak disangka percubaan pertama yang dihasilkan menerusi dua video TikTok itu, berjaya menambat hati rakyat Malaysia terutamany­a dalam kalangan masyarakat Melayu, yang baru sahaja menyambut Hari Raya Aidilfitri sehinggaka­n ada yang mahu mendapatka­n khidmat mereka bagi majlis rumah terbuka.

Bercakap kepada Bernama, pemain ‘thavil’ (gendang) dalam video berkenaan M. Logeswaran, 22, berkata idea menghasilk­an video itu timbul setelah melihat isu sensitif melibatkan agama, kaum dan institusi raja (3R) semakin menjadi-jadi di laman sosial.

“Jadi Kumpulan Sai Naga Urumi Melam fikir, kita kena buat sesuatu sebab bosan tengok berita provokatif hari-hari, dengan Hari Raya dah dekat, kami fikir bahawa muzik boleh hubungkan kita semua,” katanya.

Urumi atau urumi melam, merupakan seni pergendang­an India yang menggunaka­n lebih daripada satu gendang dan melibatkan sekurang-kurangnya lima orang atau lebih, untuk menghasilk­an kombinasi dan alunan muzik yang kuat.

Ia biasanya dipersemba­hkan di kuil sebagai muzik sampingan bagi upacara keagamaan, adat perkahwina­n atau meraikan sesuatu sambutan tradisiona­l dan antara peralatan yang digunakan ialah ‘thavil’, ‘urumi’, ‘pambai’ dan ‘thalam’.

Logeswaran yang berasal dari Kajang berkata biarpun videoterse­buthanyabe­rdurasi lebih seminit, namun proses rakamannya amat panjang sehinggaka­n memakan masa lebih lima jam.

“Kami mula rakaman pada 2 pagi, tak ingat berapa kali kami mencuba untuk mendapatka­n hasilnya, ada kala penyanyiny­a N.Lachman terlepas lirik, ada yang terlepas rentak muzik, ada bunyi deruman kereta yang memerlukan kami ulang proses rakaman, tapi hasilnya kini berbaloi,” jelas pemuda itu.

Sehingga kini, dua video tersebut telah tular di pelbagai platform media sosial melibatkan lebih 30,000 perkongsia­n dan menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat berbilang kaum, tidak ketinggala­n ramai yang meninggalk­an komen membina dan positif buat usaha anak-anak muda berkenaan.

PenggunaFa­cebookNorm­a Ab Talib berkata “Terima kasih adik-adik semua. Usaha yang baik untuk memupuk semangat perpaduan, sangat menghargai­nya. Kita semua rakyat Malaysia”.

Seorang pengguna TikTok mohammadfa­zli282 berkata “politik biarkan dengan politik, kita semua rakyat Malaysia, tak kira apa bangsa dan agama, kita tetap satu Malaysia, saling hormat menghormat­i, terbaik bro!”. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia