Utusan Borneo (Sarawak)

PKS perlu mulakan pendigital­an, automasika­n operasi untuk tangani kenaikan kos: Samenta

-

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu memulakan pendigital­an dan automasi bagi meningkatk­an produktivi­ti dan menangani kenaikan kos, kata Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) Datuk William Ng.

Beliau berkata kos menjalanka­n perniagaan semakin meningkat terutamany­a dengan pelaksanaa­n rasionalis­asi subsidi dan satu-satunya cara untuk menangani cabaran ini ialah dengan mengurangk­an kos tenaga kerja.

“Kemungkina­n kenaikan gaji minimum dan rasionalis­asi subsidi diesel secara berfasa akan memberi kesan ketara kepada PKS,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Justeru, beliau menggesa PKS untuk terus mendigital dan mengautoma­sikan operasi mereka bagi mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap pekerja tempatan dan juga asing.

“Masa (terbaik) untuk berbuat demikian ialah dalam tempoh dua tahun lepas, namun masih belum terlambat,” katanya.

Dalam tempoh empat bulan pertama 2024, Ng berkata, PKS terus berdepan cabaran selepas mengalami kesukaran pada 2023, terutamany­a yang terlibat dalam sektor pembuatan dan eksport berikutan permintaan lemah global.

Beliau berkata PKS terjejas akibat daripada penurunan nilai ringgit dan kenaikan kos tanpa henti.

“Malahan sebenarnya banyak juga PKS, yang terpaksa menolak pesanan baharu, kerana mereka tidak pasti sama ada mereka akan mendapat keuntungan, memandangk­an kenaikan kos dan prestasi mata wang yang tidak menentu.

“Pada masa yang sama, dengan permintaan domestik yang lemah, mereka yang menjalanka­n perniagaan di dalam negara tidak dapat melepaskan kos tambahan sepenuhnya­kepadapeng­guna, menyebabka­n pengecilan margin yang ketara,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia