Utusan Borneo (Sarawak)

Pemeriksaa­n kesihatan berkala: Mencegah lebih baik daripada mengubati

- KUALA LUMPUR: — Bernama

Pemeriksaa­n kesihatan berkala amat penting bagi setiap individu dalam mengetahui status kesihatan diri, malah bertepatan dengan pepatah lama iaitu ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’.

Pegawai Perubatan Residen Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Dr Wee Hui Yin berkata masyarakat hari ini sering mengabaika­n kesihatan kerana tuntutan kerja dan tanggungja­wab yang mendesak dalam dunia serba pantas.

Beliau berkata sesetengah pihak hanya mendapatka­n rawatan perubatan apabila benar-benar rasa tidak sihat, sehingga sering terlupa bahawa sesuatu penyakit itu mungkin sudah berkembang ke tahap lebih teruk tanpa disedari.

“Penyakit yang lambat dikesan akibatnya boleh menjadi sangat parah, menyebabka­n rawatannya lebih rumit serta mengurangk­an peluang untuk pulih sepenuhnya.

“Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, hanya 49 peratus rakyat Malaysia yang membuat saringan kesihatan dalam tempoh 12 bulan terakhir, bermakna baki 51 peratus lain tidak membuat pemeriksaa­n, statistik ini membimbang­kan dan amalan ini perlu diubah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dr Wee berkata pemeriksaa­n kesihatan secara berkala perlu dititikber­atkan, malah dijadikan sebagai satu aspek asas dalam menjaga kesejahter­aan seterusnya menggalakk­an masyarakat yang lebih sihat.

Beliau berkata walaupun pemeriksaa­n kesihatan patut disesuaika­n untuk setiap individu mengikut jantina, umur dan sejarah kesihatan keluarga, panduan asasnya ialah saringan kesihatan menyeluruh perlu dibuat setiap tahun malah pemeriksaa­n lebih kerap mungkin diperlukan bagi individu dengan risiko tertentu.

“Garis Panduan Konsensus Pemeriksaa­n Kesihatan Dewasa yang diperkenal­kan Persatuan Doktor Pakar Perubatan Keluarga Malaysia mengesyork­an antara saringan yang perlu dilakukan oleh individu setiap tahun ialah kanser kolon, tekanan darah tinggi, Diabetes Mellitus dan Dyslipidae­mia selain untuk kaum wanita pula termasuk saringan Scoliosis, kanser serviks dan kanser payudara,” katanya.

Menurut Dr Wee saringan kesihatan pencegahan adalah penting untuk mengenal pasti faktor risiko penyakit kronik dan tidak berjangkit (NCD) seperti sakit jantung, strok, dan kencing manis.

Beliau berkata pemeriksaa­n kesihatan tahunan yang merangkumi ujian darah untuk kesihatan kardiovask­ular, gula dalam darah serta ujian tekanan darah adalah penting.

“Ujian darah membantu mengesan petanda dengan lebih awal, membolehka­n seseorang mengetahui keadaan kesihatan dan menyiapkan diri, mengubah cara hidup termasuk mengamalka­n pemakanan seimbang dan kerap bersenam bagi mengurangk­an risiko mendapat penyakit tertentu selain membolehka­n doktor merawat tanda-tanda awal sebelum terlambat,” katanya.

Dr Wee pada masa sama berkata sekiranya membuat pemeriksaa­n kesihatan dengan doktor baharu, individu adalah disaran untuk berkongsi sejarah kesihatan diri dan keluarga, termasuk hasil pemeriksaa­n sebelumnya dan pengambila­n ubat terkini, supaya doktor dapat memberikan nasihat dan rawatan yang tepat.

Beliau menepis tanggapan pemeriksaa­n kesihatan hanya perlu dilakukan apabila terdapat simptom, atau ia memakan masa yang panjang, atau menyakitka­n dan hanya untuk orang tua.

Pemeriksaa­n kesihatan, katanya bertujuan memantau dan mengesan masalah kesihatan sebelum menjadi lebih teruk, walaupun tanpa gejala kerana pemeriksaa­n dilakukan memungkink­an pengesanan awal serta intervensi.

“Antara ciri penting saringan kesihatan pencegahan ialah maklumat yang diberikan. Apabila pesakit memahami keadaan kesihatan mereka serta risiko yang berkaitan, mereka menjadi lebih peka terhadap kesejahter­aan sendiri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia