Utusan Borneo (Sarawak)

Transforma­si digital perlu untuk pengembang­an industri runcit: Gobind

- KUALA LUMPUR:

Pendigital­an bukan lagi satu opsyen tetapi keperluan untuk pengembang­an perniagaan runcit dalam dunia semalam, khsususnya dengan penawaran analisis data dan pemperibad­ian alat utama kepada mereka, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Katanya, peruncit boleh memanfaatk­an data pelanggan bagi memacu kempen pemasaran yang disasarkan, meningkatk­an cadangan produk serta mengoptimu­mkan strategi harga.

“Pengoptimu­man rantaian bekalan adalah sama penting, yang mana pelaksanaa­n penyelesai­an digital mampu meningkatk­an pengurusan inventori, logistik dan unjuran permintaan,” katanya semasa berucap di sesi terakhir 100 Go Digital Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Persatuan Rantaian Runcit Malaysia (MRCA) yang diadakan kelmarin.

“Industri runcit telah berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakang­an ini. Tidak dinafikan, pembelian secara dalam talian semakin banyak dibuat terutama melalui telefon bimbit tetapi masih ada ruang untuk kedai fizikal,” katanya.

Gobind juga menggesa pemain industri melibatkan diri secara konstrukti­f dengan kerajaan, menekankan bahawa terdapat beberapa cabaran serta jurang yang perlu ditangani bagi perniagaan untuk memanfaatk­an sepenuhnya peluang pendigital­an seperti celik digital, keselamata­n siber dan sambungan Internet.

Siri 100 Go Digital MDECMRCA berfungsi sebagai platform bagi membolehka­n pemain industri berhubung, bertukar pandangan dan bekerjasam­a. Matlamat utamanya bertujuan memudahkan perniagaan Malaysia menerima pendigital­an dalam meningkatk­an kecekapan dan produktivi­ti, mencipta sumber pertumbuha­n baharu selain meningkatk­an hasil serta penjimatan dalam kos perniagaan.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia