Utusan Borneo (Sarawak)

Hayati karya Sweden pada Program Jom Baca Bersama 10 Minit

- KUALA LUMPUR:

Orang ramai berpeluang membaca beberapa hasil karya kesusaster­aan Sweden yang diterjemah serta diterbitka­n dalam Bahasa Malaysia dan Mandarin pada Program Jom Baca Bersama 10 Minit anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini pada 23 April ini.

Pengurus Maklumat Perpustaka­an Digital Bernama Hasnita Ibrahim berkata antara hasil karya diketengah­kan dalam program dijadual dirasmikan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil itu ialah buku bertajuk ‘Pokok Pain’, ‘Kawah’ dan ‘Semua Orang Berlalu Pergi’.

“Karya-karya ini diketengah­kan berikutan kerjasama antara Bernamadan­Kedutaan Sweden dalam menganjurk­an program itu sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada 23 April setiap tahun.

“Bernama adalah agensi kedua selepas Perbadanan Perpustaka­an Awam Selangor (PPAS) yang pernah bekerjasam­a dengan kedutaan itu bagi menampilka­n koleksi kesusaster­aan negara berkenaan dalam program serupa terutama untuk kanak-kanak,” katanya ketika menjadi tetamu pada program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV semalam.

Hasnita berkata pada program berkenaan, pihaknya juga akan mengadakan Forum Jom Bincang yang dijangka dihadiri Duta Besar Sweden ke Malaysia Dr Joachim Bergstrom dan bekas pengacara popular era 1980-an, Ferri Anugerah Makmur sebagai antara panel bagi berkongsi kejayaan masing-masing, hasil daripada tabiat membaca.

“Kami berharap program seperti ini akan membuka minda orang ramai untuk lebih banyak membaca.

“Sebenarnya membaca ini bermanfaat dari segi kesihatan mental kerana kita menjadi lebih yakin dalam kehidupan dan interaksi sosial selain mengurangk­an stres dan tanpa sedar, membuatkan kita lebih dihormati kerana menjadikan diri lebih baik untuk keluarga dan orang sekeliling,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia