Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu jengkaut terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun

-

Seorang pemandu jengkaut terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutua­n yang bersidang di sini, menggantik­an hukuman mati yang dijatuhkan terhadapny­a dengan penjara 38 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh seorang wanita, 16 tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarka­n permohonan semakan Zulhisham Fadly Mohamad, 43, di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan Seksyen 2(4) dan 3(1) mengikut Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraa­n Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutua­n) 2023.

Hakim Tengku Maimun mengetepik­an hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 2011 dan menggantik­annya dengan penjara seumur hidup selama 38 tahun dari tarikh tangkap iaitu 21 April 2008 dan 12 sebatan.

Zulhisham Fadly yang diwakili Mazlan Md Zain, telah dipenjarak­an selama hampir 16 tahun.

Turut bersidang Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutua­n Datuk Nordin Hassan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fuad Abdul Aziz tidak membantah permohonan semakan itu.

Pada 2011, Zulhisham Fadly, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas disabitkan hukuman membunuh dan menanam mayat Zaiton Muhamad, 55, di kebun buah naga di Hulu Kemaman, pada 2008.

Rayuan lelaki itu di Mahkamah Rayuan pada 17 Jun 2014, ditolak dan sebelum sekali lagi disahkan sabitan dan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutua­n pada 7 September 2015.

Kes berkenaan merupakan antara 28 kes semakan oleh Persidanga­n Mahkamah Persekutua­n yang diadakan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, hari ini yang turut melibatkan kes-kes di negeri Pantai Timur. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERLEPAS: Zulhisham (tengah) diiringi keluar dari Mahkamah Tinggi Kota Bharu, semalam, selesai sidang panel tiga hakim Mahkamah Persekutua­n.
— Gambar Bernama TERLEPAS: Zulhisham (tengah) diiringi keluar dari Mahkamah Tinggi Kota Bharu, semalam, selesai sidang panel tiga hakim Mahkamah Persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia