Utusan Borneo (Sarawak)

Unjuran KDNK Malaysia disemak naik kepada 4.4%

IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4% bagi tahun ini berbanding 4.3% diunjur sebelum ini

-

KUALA LUMPUR: Institusi kewangan global, Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) menyemak naik unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia kepada 4.4 peratus bagi tahun ini berbanding 4.3 peratus yang diunjur sebelum ini.

EkonomiMal­aysiaberke­mbang sebanyak 3.7 peratus pada 2023.

IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO) terbaharun­ya bertajuk ‘Steady but slow, resilience amid divergence,’ juga menjangkak­an pertumbuha­n KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.

Pada masa sama, IMF mengunjurk­an lebihan akaun

IMF

semasa Malaysia masingmasi­ng pada 2.4 peratus dalam 2024 dan 2.7 peratus bagi 2025.

Pertumbuha­n global pula diunjur mencecah 3.2 peratus bagi tahun lepas dan kekal pada tahap sama bagi 2024 dan 2025.

“Unjuran bagi 2024 dinaikkan sebanyak 0.1 mata peratusan daripada WEO Januari 2024 dan 0.3 peratus daripada tinjauan WEO untuk Oktober 2023,” katanya.

IMF berkata dari segi rekod, tahap pertumbuha­n itu rendah susulan faktor jangka pendek seperti kos pinjaman yang masih tinggi dan penarikan balik sokongan fiskal selain kesan jangka panjang pandemik COVID-19 dan penceroboh­an Rusia ke atas Ukraine; pertumbuha­n produktivi­ti yang lemah dan peningkata­n pemecahan geoekonomi.

Malah, dana kewangan itu menyifatka­n risiko terhadap unjuran global sebagai seimbang secara meluas pada masa ini.

Memperinci­kan aliran penurunan, IMF berkata ini didorong oleh lonjakan harga baharu akibat ketegangan geopolitik yang memuncak, termasuk krisis di Ukraine dan Timur Tengah selain inflasi utama yang ketara dengan pasaran tenaga kerja kekal menguncup, jangkaan kenaikan kadar faedah dan penurunan harga aset.

Pemecahan geoekonomi pula dijangka meluas dengan kekangan ketara terhadap usaha mobiliti barangan, modal dan orang ramai yang hanya membuktika­n penurunan dari segi bekalan.

Bagi aliran peningkata­n, IMF berkata dasar fiskal yang lebih longgar daripada sewajarnya dan unjuran yang dijangkaka­n, berpotensi meningkatk­an kegiatan ekonomi dalam jangka masa pendek selain memberi kesan terhadap pelarasan dasar pada masa akan datang.

“Inflasi berpotensi turun lebih pantas daripada dijangkaka­n, di tengah-tengah peningkata­n susulan penyertaan tenaga kerja yang membolehka­n bank-bank pusat melaksanak­an dasar kelonggara­n di masa depan,” katanya.

Selain itu, aspek kecerdasan buatan dan usaha pembaharua­n struktur yang lebih kukuh daripada dijangkaka­n, juga mampu merangsang produktivi­ti.

IMF turut mengunjurk­an inflasi global susut, masing-masing kepada 5.9 peratus pada 2024 dan 4.5 peratus pada 2025 daripada purata tahunan 6.8 peratus pada 2023.

“Kalangan ekonomi maju diunjur kembali kepada sasaran inflasi jauh lebih awal berbanding kelompok pasaran sedang pesat membangun dan yang membangun,” katanya. — Bernama

Unjuran bagi 2024 dinaikkan sebanyak 0.1 mata peratusan daripada WEO Januari 2024 dan 0.3 peratus daripada tinjauan WEO untuk Oktober 2023.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia