Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu tunggal di Terengganu jadi wanita pertama disebat kerana berkhalwat

- KUALA TERENGGANU: — Gambar Bernama

Seorang ibu tunggal di Terengganu menjadi wanita pertama di negeri itu yang dikenakan hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana berkhalwat.

Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu Rosdi Harun menjatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM4,000 selepas Nurfifi Amira Nawi, 37, mengaku bersalah bagi kesalahan di bawah Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) (Pindaan) 2022.

Nurfifi Amira mengaku berada bersama-sama seorang lelaki berusia 40 tahun yang bukan suami atau mahramnya di sebuah rumah di Kemaman pada kira-kira 3.15 petang 31 Januari lepas.

Sebelum ini, wanita itu pernah disabitkan bagi kesalahan di bawah seksyen yang sama pada 2018 dan telah dikenakan hukuman denda.

Berdasarka­n Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) (Pindaan) 2022, kesalahan khalwat kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman maksimum sebatan enam kali, denda RM5,000 atau penjara tiga tahun.

Rosli memerintah­kan hukuman ke atas Nurfifi Amira, yang mempunyai seorang anak, dijalankan pada 6 Mei ini di Penjara Marang jika beliau gagal mengemukak­an rayuan dalam tempoh 14 hari bermula semalam dan hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Terdahulu, hakim berkenaan menasihati Nurfifi Amira supaya segera bernikah secara sah mengikut hukum syarak bagi menghindar­i perbuatan khalwat.

“Pada saya, (bagi) penyakit khalwat ubat paling besar adalah nikah yang sah daripada segi hukum syarak.

“Jangan nikah (di) Golok (Thailand). Kamu beri alasan hendak nikah tetapi tindakan tidak ada, jadi ini tidak insaf,” katanya. — Bernama

BERKHALWAT: Seorang ibu tunggal di Terengganu menjadi wanita pertama di negara ini dikenakan hukuman sebat oleh MahkamahTi­nggi Syariah Terengganu di bawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) (Pindaan) 2022 kerana berkhalwat, semalam.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia