Utusan Borneo (Sarawak)

Bunga teluki bakal tembusi pasaran Dubai sebagai bahan hidangan mewah

-

BUKAN sahaja cantik sebagai hiasan malahan bunga teluki atau carnation juga mampu memberikan pendapatan lumayan kepada pengusahan­ya apabila bakal menembusi pasaran Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai antara bahan dalam hidangan mewah.

Lebih istimewa, bunga teluki atau nama saintifikn­ya dianthus caryophyll­us bakal menjadi pilihan untuk digunakan sebagai bahan dalam penyediaan hidangan mewah di restoran ‘fine dining’ dan hotel mewah sekitar Dubai.

Ketua Unit Industri Florikultu­r Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) Mohamad Nizam Malik berkata, pihaknya menyasarka­n untuk mengekspor­t lebih 10,000 kotak bunga teluki sebagai permulaan menjelang akhir tahun ini.

“Kita menyasarka­n sebanyak 10,000 kotak dengan setiap kotak seberat 10 gram yang mempunyai kira-kira 45 kuntum bunga teluki seminggu yang mampu memberikan pulangan lumayan kepada pengusaha,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata susulan itu, DOA telah mengenal pasti kawasan yang bakal dibangunka­n untuk penanaman bunga teluki atau Ladang Eksport bunga Boleh Dimakan (LEEF) secara komersial seluas 2.4 hektar di Bukit Changgang, Banting, Selangor.

“Kita akan memfokuska­n ladang di Bukit Changgang sebagai projek rintis untuk dijadikan pusat sehenti bagi keseluruha­n proses bermula daripada penanaman, penuaian, penyimpana­n dan pembungkus­an sebelum dieksport.

“Sebab utama kita memilih kawasan yang dekat dengan lapangan terbang kerana adalah penting untuk memastikan kualiti bunga kekal segar sepanjang proses daripada penanaman, penuaian hinggalah penghantar­an ke luar negara,” katanya sambil menambah setiap kotak bunga teluki mampu mencecah harga RM80 berbanding nilainya di pasaran tempatan yang hanya dijual kira-kira RM10.

Beliau berkata, kos keseluruha­n untuk mengekspor­t Teluki juga rendah berbanding orkid

yang dilakukan sebelum ini kerana selain memastikan bunga sentiasa segar, ia hanya membabitka­n produk itu sendiri dan pembungkus­an.

“Sebelum ini kita mengekspor­t orkid dalam bentuk kotak hadiah premium yang melibatkan kos yang agak tinggi tetapi tidak bagi Teluki yang turut menjanjika­n pulangan lumayan. Ini juga antara pengekspor­tan komoditi bernilai tinggi negara.

“Selain itu, ia tidak begitu rumit seperti orkid yang perlu kita sediakan pasu khas dan gel air bagi memastikan

ia kekal segar, cuma kita akan pastikan pembungkus­an Teluki juga masih kekal segar supaya pembeli berpuas hati,” katanya.

Mohamad Nizam juga berkata, bunga yang biasanya menjadi perhatian peminat sebagai hiasan di kawasan rumah atau dekorasi pada majlis tertentu itu juga boleh dihidangka­n dalam pencuci mulut seperti aiskrim dan stik.

“Kalau sebelum ini kita hanya dengar kegunaan ‘edible gold’, atau emas yang boleh dimakan, untuk dimasukkan dalam hidangan tetapi kali ini, kita yakin Teluki juga akan mendapat sambutan yang sama kerana rasanya yang segar terutama untuk pencuci mulut.

“Setelah dimasukkan bunga inidalamhi­danganberk­enaan, ia juga menjadi nilai tambah dan harga hidangan juga semakin mahal,” katanya sambil menambah eksport pertama bunga itu ke Dubai disasar selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Beliau berkata, ketika ini projek penanaman bunga teluki diusahakan di sebuah ladang di Kajang yang menempatka­n empat rumah hijau bagi memenuhi pasaran tempatan oleh syarikat Foliage Microgreen­s.

Mohamad Nizam berkata DOA turut mengintai peluang untuk pasaran di Singapura susulan terdapat permintaan sebelum ini dan memulakan penanaman bunga itu di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

“Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Seri Dr Noraini Ahmad telah menyatakan hasrat beliau untuk menjadikan ia sebagai antara aktiviti dalam kalangan kaum wanita di kawasannya.

“Jadi, ini kita sasarkan untuk pasaran di negara jiran (Singapura). Saya yakin produk teluki ini akan menjadi satu cabang dan peluang yang baik untuk menjana pendapatan,” katanya.

Baru-baru ini, wartawan Bernama dibawa melihat sendiri ladang bunga teluki milik Foliage Microgreen­s seluas 0.1 hektar yang diusahakan oleh Fairuz Effindi, 39, Faisal Esa, 36, dan Abdul Harith Abdul Halim, 37.

Bermula dengan hanya sebuah rumah hijau dan kos kira-kira RM30,000 pada 2018, kini tiga lagi rumah hijau dibina untuk penanaman bunga itu.

“DOA telah memberikan bantuan dari segi nasihat berkaitan penjagaan bunga dan peluang yang ada untuk memasarkan produk ini dan kami merancang untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini,” kata Fairuz sambil menambah teluki mendapat permintaan tinggi daripada pihak restoran dan hotel terutama sekitar Lembah Klang.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? PENDAPATAN LUMAYAN: Bukan sahaja indah dan cantik, bunga teluki mampu memberikan pendapatan lumayan apabila bakal menembusi pasaran Dubai, namun bukan sebagai perhiasan tetapi hidangan mewah. Lebih istimewa, bunga itu bakal menjadi pilihan digunakan bahan masakan dalam penyediaan hidangan mewah di restoran ‘fine dining’ dan hotel mewah di sekitar Dubai.
— Gambar Bernama PENDAPATAN LUMAYAN: Bukan sahaja indah dan cantik, bunga teluki mampu memberikan pendapatan lumayan apabila bakal menembusi pasaran Dubai, namun bukan sebagai perhiasan tetapi hidangan mewah. Lebih istimewa, bunga itu bakal menjadi pilihan digunakan bahan masakan dalam penyediaan hidangan mewah di restoran ‘fine dining’ dan hotel mewah di sekitar Dubai.
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? PERMINTAAN TINGGI: Ladang Bunga Teluki milik Foliage Microgreen­s seluas 0.1 hektar bermula dengan hanya sebuah rumah hijau dan kos kira-kira RM30,000 pada 2018, kini tiga lagi rumah hijau dibina untuk penanaman bunga itu.
— Gambar Bernama PERMINTAAN TINGGI: Ladang Bunga Teluki milik Foliage Microgreen­s seluas 0.1 hektar bermula dengan hanya sebuah rumah hijau dan kos kira-kira RM30,000 pada 2018, kini tiga lagi rumah hijau dibina untuk penanaman bunga itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia