Utusan Borneo (Sarawak)

Him Clinic bantu lelaki dapatkan khidmat nasihat kesihatan percuma

- KUALA TERENGGANU:

Kewujudan klinik secara dalam talian, Him Clinic berjaya membantu lebih 100,000 pesakit lelaki mendapatka­n khidmat nasihat kesihatan secara percuma sejak setahun lepas.

Pakar kesihatan lelaki yang juga pengasas Him Clinic Dr Ahmad Samhan Awang, 38, berkata beliau mewujudkan perkhidmat­an itu bertujuan membantu lelaki mengalami masalah seperti mati pucuk (ED) dan ejakulasi pramatang (PE), yang malu untuk ke klinik bagi mendapatka­n nasihat dan rawatan.

“Masalah ED dan PE dalam kalangan lelaki di Malaysia agak membimbang­kan apabila sebanyak 3.4 juta lelaki berusia 18 tahun ke atas didiagnos dengan penyakit itu.

“Masalah ini semakin memuncak dalam tempoh pascapande­mik COVID-19 yang berpunca seperti akibat tekanan dan kebimbanga­n,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Chendering di sini.

Dr Ahmad Samhan berkata Him Clinic adalah pusat rawatan kesihatan lelaki yang menawarkan khidmat nasihat 100 peratus secara dalam talian.

Beliau berkata pesakitnya pula terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan dan dari serata lokasi termasuk Singapura dan Brunei.

“Kita sedia maklum kebanyakan lelaki susah untuk berjumpa doktor kerana malu. Perkhidmat­an secara dalam talian tidak memerlukan mereka mendedahka­n identiti dan boleh bercerita tanpa segan silu.

“Pesakit boleh mendapatka­n tarikh untuk khidmat nasihat dan bagi kami mengenal pasti masalah. Seterusnya untuk rawatan, ubat-ubatan akan dihantar terus ke rumah dan perkembang­an pesakit akan dipantau bagi memastikan rawatan adalah bersesuaia­n dan berkesan,” katanya yang aktif menerusi semua platform media sosial seperti TikTok, Instagram, Facebook, X dan Telegram.

Dr Ahmad Samhan berkata beliau juga telah mengeluark­an dua produk sendiri iaitu kopi dan cecair semburan (Spray Up) bagi merawat masalah dan ED dan PE. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia