Utusan Borneo (Sarawak)

McDonald’s Malaysia tawar Diploma Kemahiran Malaysia kepada 20 perantis

-

PETALING JAYA: McDonald’s Malaysia terus memperkasa belia di negara ini dengan menawarkan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4), dalam bidang restoran perkhidmat­an segera kepada 20 perantis menerusi Program Perantis Vokasional McDonald’s.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Sumber Manusia McDonald’s Malaysia Azhar Darbi berkata graduan tersebut merupakan antara kumpulan terawal, yang mengikuti DKM di Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia.

“Sebelum ini, mereka semua telah pun menamatkan Program Perantis Vokasional McDonald’s selama 18 bulan dan menerima Sijil Kemahiran

Malaysia (SKM Tahap 3) yang diktiraf oleh Kementeria­n Sumber Manusia.

“Suka saya mengatakan yang DKM ini merupakan kesinambun­gan bagi Program Perantis Vokasional McDonald’s, dan mengukuhka­n lagi kedudukan Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia dalam menyediaka­n akses kepada pendidikan vokasional yang berkualiti kepada golongan belia di negara ini,” katanya pada Majlis Perasmian DKM Akademi Vokasional McDonald’s, di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Bahagian Hal Ehwal Industri dan Kerjasama Strategik, menanggung tugas Timbalan Ketua Pengarah Pembanguna­n

Jabatan Kemahiran Faizah Harun dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Ahmad Kamal Md. Duraibi.

Azhar berkata para perantis yang mengikuti DKM berkenaan akan mengambil masa selama 12 bulan meliputi pembelajar­an teori sebanyak 30 peratus di akademi dan latihan praktikal di restoran sebanyak 70 peratus.

“Dalam erti kata lain, dengan mengikuti DKM, selain peluang kerjaya yang lebih meluas, mereka juga berpeluang mengikuti pengajian ke peringkat Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM Tahap 5) atau setara ijazah sarjana muda di universiti yang terpilih.

“Mereka yang mengikuti DKM di Akademi Vokasional McDonald’s, merupakan pekerja McDonald’s Malaysia dan bergaji penuh sepanjang mengikut pengajian ini, dan semua kos pembelajar­an ditaja oleh syarikat melibatkan yuran pengajian, kemudahan tempat tinggal bagi yang memerlukan, insurans perubatan, makan minum dan sebagainya,” katanya.

Azhar berkata McDonald’s Malaysia juga memperuntu­kkan lebih 10 juta setiap tahun, bagi melaksanak­an program pembanguna­n bakat dan kemahiran untuk seluruh warga kerjanya di pelbagai peringkat jawatan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Azhar dan Faizah bergambar bersama penerima sijil selepas majlis pelancaran Diploma Kemahiran Malaysia di Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia, semalam.
— Gambar Bernama KENANGAN: Azhar dan Faizah bergambar bersama penerima sijil selepas majlis pelancaran Diploma Kemahiran Malaysia di Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia