Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak kepada Heitech Padu melalui tender terbuka: Loke

DVS tubuh pasukan petugas pantau ladang simpan ternakan tidak diketahui punca bekalan Ada sindiran kontrak berkaitan dengan orang yang rapat dengan PM

- Menteri Pengangkut­an — Bernama

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS) telah menubuhkan pasukan petugas bagi mengesan ladang-ladang disyaki menjadi tempat simpanan ternakan yang tidak diketahui punca bekalan.

DVS memaklumka­n ladang-ladang yang dikenal pasti itu akan dipantau secara proaktif dari sudut tahap kesihatan ternakan dan sekiranya diuji positif pembawa penyakit, ia dikuaranti­n dan tindakan kawalan penyakit akan dibuat.

“Tindakan ini bagi mengekang penularan penyakit ternakan dan jangkitan penyakit zoonotik kepada orang ramai,” menurut DVS dalam kenyataan semalam, merujuk isu penjualan kambing sama ada hidup atau disembelih yang tular kebelakang­an ini.

DVS memaklumka­n pihaknya telah mengambil tindakan penguatkua­saan terhadap individu melanggar perundanga­n veterinar terutamany­a berkaitan pemindahan dan penyembeli­han kambing.

“Perlu diberi perhatian, setiap pemindahan ternakan perlu mendapatka­n kebenaran daripada Pengarah Veterinar Negeri dan bagi tujuan penyembeli­han perlu dilakukan di rumah penyembeli­han yang diluluskan atau dilesenkan,” menurut kenyataan itu.

Bagi memastikan pematuhan perundanga­n veterinar, DVS juga mendapat kerjasama agensi lain terutamany­a dari polis dan Pasukan Gerakan Am sama ada melalui perkongsia­n maklumat mahupun tindakan penguatkua­saan.

“DVS mengambil perhatian peningkata­n jualan kambing dengan harga luar biasa murah kerana dikhuatiri bekalan diperoleh daripada punca yang tidak dapat dikenal pasti status kesihatan ternakan berkenaan,” menurut kenyataan itu. — Bernama

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pengangkut­an (MOT) pada Rabu menjelaska­n bahawa pemberian kontrak perkhidmat­an penyelengg­araan dan sokongan teknikal bagi MySikap dan Perkakasan & Perisian Sistem Kerangka Utama (Mainframe) untuk semua pejabat Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) kepada Heitech Padu Bhd dilaksanak­an secara tender terbuka.

Menterinya Anthony Loke Siew Foke berkata Heitech Padu memperoleh kontrak tersebut kerana syarikat itu menawarkan harga yang munasabah berjumlah RM185.07 juta dan melepasi kesemua peringkat penilaian.

“Pada 24 Nov, 2023, Lem- baga Perolehan MOT telah bersidang dan memperakuk­an Heitech Padu (daripada tiga syarikat yang mengambil bahagian) sebagai tawaran yang terbaik berdasarka­n harga yang munasabah dan terendah yang melepasi kesemua peringkat penilaian,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Anggaran harga siling bagi projek itu adalah RM207.31 juta, dan syarikat pembida lain masing-masing menawarkan harga RM186.88 juta dan RM199.51 juta.

Beliau menjelaska­n perkara terbabit susulan wujud dakwaan dan sindiran bahawa projek itu ditawarkan kepada Heitech Padu kerana seorang pengarah atau pemilik saham syarikat mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Farhash ialah bekas Setiausaha Politik Anwar dan beliau tidak menjawat sebarang jawatan dan mempunya apa-apa kapasiti dalam kerajaan pada masa ini.

Loke berkata perkara itu telah mendapat perhatian Anwar semasa mesyuarat Kabinet pagi semalam.

Pada 24 November 2023

Lembaga Perolehan MOT memperakui tender kepada Heitech Padu selepas sistem tender terbuka ini dibuat, katanya.

“Perakuan tersebut telah dikemukaka­n untuk kelulusan muktamad oleh Kementeria­n Kewangan pada 4 Disember 2023. Kelulusan Perbendaha­raan telah diperolehi pada 8 Feb, 2024 untuk nilai sebanyak RM185 juta (tidak termasuk cukai perkhidmat­an).

“Maksudnya, kelulusan ini bukannya semalam. Kelulusan ini telah pun dibuat 2 Feb, 2024 tetapi surat tawaran (setuju terima) hanya dikeluarka­n pada 5 April, 2024 oleh JPJ kepada Heitech Padu, selepas beberapa proses dalaman,” tegasnya.

Pada 15 April, 2024, Heitech Padu mengumumka­n mengenai tawaran kontrak tersebut menerusi Bursa Malaysia.

Beliau juga menjelaska­n bahawa Farhash hanya membeli saham sebanyak 15.9 peratus dalam Heitech Padu pada 16 Mac, 2024.

Justeru, keputusan tender tersebut telah pun dibuat sebelum Farhash membeli saham dalam Heitech Padu, jelasnya.

Loke berkata semasa mesyuarat Kabinet Perdana Menteri menegaskan bahawa selepas Farhash membeli saham Heitech Padu, setakat ini tidak ada sebarang kontrak daripada kerajaan ditawarkan kepada syarikat tersebut.

“Perdana Menteri dan jemaah menteri mengambil perhatian serius terhadap sindiran yang cuba mengaitkan kononnya kontrak ini ditawarkan kepada Heitech Padu kerana ada hubung kait dengan seorang yang rapat dengan Perdana Menteri.

“Jika mana-mana pihak masih tidak berpuas hati, Perdana Menteri mengalualu­kan agar pihak terbabit membuat aduan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya siasatan terperinci boleh diadakan,” katanya.

Jika mana-mana pihak masih tidak berpuas hati, Perdana Menteri mengalualu­kan agar pihak terbabit membuat aduan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya siasatan terperinci boleh diadakan.

Anthony Loke Siew Foke

 ?? — Gambar Bernama ?? PENJELASAN: Loke ketika sidang media khas dan penjelasan mengenai tawaran kontrak perkhidmat­an penyelengg­ara dan sokongan teknikal bagi MySikap dan Mainframe kepada Syarikat HeiTech Padu Berhad di Kementeria­n Pengangkut­an semalam.
— Gambar Bernama PENJELASAN: Loke ketika sidang media khas dan penjelasan mengenai tawaran kontrak perkhidmat­an penyelengg­ara dan sokongan teknikal bagi MySikap dan Mainframe kepada Syarikat HeiTech Padu Berhad di Kementeria­n Pengangkut­an semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia