Utusan Borneo (Sarawak)

Hujan lebat membanjiri Dubai, 18 maut di Oman

Ribut turut jejas lapangan terbang Dubai, perlawanan bola sepak di Al Ain ditangguhk­an

-

DUBAI: Hujan lebat membanjiri jalan raya, rumah dan pusat beli-belah serta menghentik­an operasi lapangan terbang Dubai ketika ribut melanda negara Teluk itu kelmarin, meragut nyawa sekurang-kurangnya 18 orang di Oman.

Dubai, hab kewangan Timur Tengah, lumpuh akibat ribut kencang yang menyebabka­n banjir meluas di sekitar Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain.

Pusat beli-belah utama

Dubai Mall dan Mall of the Emirates kedua-duanya dilanda banjir dengan air naik setinggi buku lali di satu stesen Metro Dubai.

Jalan raya dan kawasan kediaman juga mengalami banjir besar dalam adegan yang sama di sekitar Emiriah yang kaya dengan minyak, sebuah negara padang pasir di mana hujan merupakan kejadian luar biasa.

Sekolah-sekolah di seluruh UAE ditutup dan dijangka akan terus tutup memandangk­an ribut termasuk hujan batu telah diramalkan.

Lapangan terbang Dubai, hab antarabang­sa tersibuk di dunia, telah menangguhk­an operasi selama 25 minit dan membatalka­n lebih 50 penerbanga­n.

“Disebabkan ribut yang kuat, operasi ditangguhk­an buat sementara waktu selama 25 minit petang ini, tetapi operasi telah dimulakan semula, dan kini dalam mod pemulihan,” kata jurucakap Lapangan Terbang Dubai.

Separuh akhir bola sepak Liga Juara-Juara Asia antara kelab UAE Al Ain dan pasukan Arab Saudi, Al Hilal, yang akan dihoskan di Al Ain, ditangguhk­an selama 24 jam kerana cuaca ini.

Beberapa kawasan pedalaman UAE merekodkan hujan lebih 80 milimeter(mm) sepanjang 24 jam hingga jam 8 pagi, menghampir­i purata tahunan pada kirakira 100mm.

Lembaga cuaca “mengesa agar penduduk mengambil semua langkah berjagajag­a dan menjauhi kawasan banjir” dalam catatan di platform X.

Kedua-dua kerajaan Emiriah dan Oman telah memberi amaran bahawa perubahan iklim boleh membawa lebih banyak banjir.

Bahrain turut dilanda hujan lebat dan banjir selepas dentuman guruh dan kilat semalaman.

Ribut itu melanda UAE, Bahrain dan kawasan Qatar selepas melintasi Oman, di mana ia menyebabka­n banjir maut dan berpuluh-puluh orang terkandas.

Mayat seorang kanakkanak ditemui kelmarin, menjadikan jumlah kematian kepada 18 dengan dua orang hilang, kata pihak berkuasa kecemasan kepada agensi berita rasmi Oman.

Sembilan murid sekolah dan tiga orang dewasa maut apabila kenderaan mereka hanyut dalam banjir kilat, lapor agensi berita itu pada hujung minggu lalu.

 ?? — Gambar AFP ?? BANJIR KILAT: Kenderaan dilihat bergerak di jalan yang dilanda banjir di bandar Isa di selatan Bahrain semasa hujan lebat kelmarin.
— Gambar AFP BANJIR KILAT: Kenderaan dilihat bergerak di jalan yang dilanda banjir di bandar Isa di selatan Bahrain semasa hujan lebat kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? TERJEJAS: Kenderaan melalui jalan raya yang dilanda banjir semasa hujan lebat di Dubai kelmarin.
— Gambar AFP TERJEJAS: Kenderaan melalui jalan raya yang dilanda banjir semasa hujan lebat di Dubai kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia