Utusan Borneo (Sarawak)

Ratusan beratur, kedai roti dibuka semula di Gaza

-

Beratus-ratus rakyat Palestin beratur untuk mendapatka­n roti di sebuah kedai roti yang dibuka semula di Kota Gaza, selepas bekalan segar tiba di kawasan yang disekat dan telah mengalami kekurangan makanan selama berbulanbu­lan.

Mereka menunggu berjam-jam di bahu jalan bandar terbesar Gaza apabila kedai roti itu menghasilk­an roti bersubsidi selepas Program Makanan Sedunia (WFP) berjaya membekalka­nnya semula.

Kanak-kanak berdiri dengan sabar dalam barisan bersama pemuda dan orang tua.

“Apabila Israel menghalang kami daripada mendapatka­n tepung, kami mula makan jagung dan barli, sehingga sampai ke tahap di mana kami terpaksa makan makanan haiwan,” kata Wissam Dawad kepada AFP ketika berdiri dalam barisan.

Firas Sukkar yang sama beratur berkata, “Saya gembira tetapi saya bersumpah demi Allah, kami penat”.

“Kami telah kehilangan anak lelaki, anak perempuan, dan isteri kami. Kami telah kehilangan seluruh kehidupan kami,” katanya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memberi amaran bahawa perang dan pengepunga­n Gaza telah

menyebabka­n “kelaparan tahap bencana tertinggi di dunia”.

Namun Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah berikrar untuk meneruskan peperangan walaupun mendapat tentangan dunia.

“Kedai roti tidak dapat beroperasi selama beberapa bulan kerana konflik dan tidak dapat ditujui,” kata WFP, mengumumka­n ia “menghantar bahan api ke kedai roti di Gaza untuk mula menghasilk­an roti.”

“Kami memerlukan jalan yang selamat dan berterusan

untuk mengelakka­n kebuluran,” WFP memberi amaran menerusi media sosial X.

Penduduk Gaza Khaled al-Ghoula memberitah­u bahawa dia “menunggu selama enam jam untuk mendapatka­n sebuku roti”.

“Ia satu perjuangan yang amat sukar,” katanya. “Ini tidak adil.

“Kuantiti yang ada jelas tidak mencukupi,” kata Moataz Ajour, dikeliling­i oleh pekerja yang membungkus roti di ruang belakang kedai roti.

“Kami berharap orang ramai dan WFP juga akan

menyokong kami, supaya kuantitiny­a mencukupi, dan kami boleh meneruskan kerja kami.”

Serangan Hamas pada 7 Oktober yang mencetuska­n perang telah membunuh 1,170 orang di Israel, kebanyakan­nya orang awam, menurut angka Israel.

Serangan balas oleh tentera penceroboh Israel telah membunuh sekurangku­rangnya 33,843 orang di Gaza, kebanyakan­nya wanita dan kanak-kanak, menurut kementeria­n kesihatan di wilayah ditadbir Hamas. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GEMBIRA: Seorang lelaki Palestin menunjukka­n reaksi gembira selepas berjaya membeli roti bersubsidi di luar kedai roti di Kota Gaza pada Ahad lepas.
— Gambar AFP GEMBIRA: Seorang lelaki Palestin menunjukka­n reaksi gembira selepas berjaya membeli roti bersubsidi di luar kedai roti di Kota Gaza pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia