Utusan Borneo (Sarawak)

Pertempura­n di bandar Darfur ragut 25 nyawa

-

Pertempura­n antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera saingannya telah membunuh sekurang-kurangnya2­5orang awam di bandar El-Fasher di Darfur Utara, kata jawatankua­sa peguam penyokong demokrasi kelmarin.

Bandar itu dan kampung sekitarnya telah mengalami “tembakan rambang dan serangan udara” selama beberapa hari, menurut Peguam Kecemasan, yang telah mendokumen­tasikan kekejaman yang dilakukan terhadap orang awam sejak pertempura­n bermula setahun lalu antara tentera dan paramiliti­a Pasukan Sokongan Pantas (RSF).

Ketika perang memasuki tahun kedua, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat (AS) telah memberi amaran tentang keamanan yang rapuh di El-Fasher – ibu negeri terakhir Darfur yang tidak dikawal oleh RSF – akan menjadi malapetaka bagi ratusan ribu orang yang sudah menderita akibat bencana kemanusiaa­n.

El-Fasher juga berfungsi sebagai hab kemanusiaa­n utama di wilayah barat Darfur yang luas, menempatka­n kira-kira satu perempat daripada 48 juta penduduk Sudan dan tempat berlakunya keganasan yang mengerikan semasa konflik ini dan sebelumnya.

Saksi di kem perpindaha­n berdekatan Abu Shouk kelmarin melaporkan mereka melihat ratusan orang melarikan diri dari kem menuju ke bandar selepas pertempura­n mencapai sempadanny­a.

Sepanjang tahun lalu, penduduk Darfur dan PBB melaporkan pusat perpindaha­n sering kali dikepung dan diserang oleh pejuang.

Infrastruk­tur kesihatan yang sudah rapuh di Darfur kini hampir runtuh.

Di seluruh negara, 70 peratus kemudahan kesihatan tidak beroperasi, menurut PBB.

“Berpuluh-puluh yang cedera telah tiba ke hospital hari ini,” kata sumber perubatan di Hospital Selatan El-Fasher kepada AFP, meminta namanya tidak disiarkan kerana bimbang akan tindakan balas daripada pihak yang bertelagah, yang selalu menyasarka­n ahli perubatan.

“Kami mengalami kekurangan besar darah dan kekurangan kakitangan perubatan.”

Kedua-dua pihak telah dituduh melakukan jenayah perang, termasuk menyasarka­n orang awam dan pekerja bantuan, membedil tanpa mengira kawasan kediaman dan melakukan penyeksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia