Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan antipelanc­ongan semakin giat di Sepanyol

- Sepanyol. — AFP

Kumpulan antipelanc­ongan semakin giat di Sepanyol, negara kedua paling banyak pengunjung di dunia, menyebabka­n pihak berkuasa berusaha mencuba untuk mengimbang­i kepentinga­n penduduk tempatan dan sektor yang menguntung­kan itu.

Berhimpun di bawah slogan “Kepulauan Canary ada had”, pembantah di kepulauan yang terletak di luar barat laut Afrika itu merancang untuk mengadakan bantahan pada Sabtu.

Kepulauan Canary terkenal dengan landskap gunung berapi dan disinari cahaya matahari sepanjang tahun dan menarik berjuta-juta pelawat dari seluruh dunia.

Kumpulan pembantah di sana mahu pihak berkuasa menghentik­an kerja pembinaan dua hotel baharu di Tenerife, yang terbesar dan paling maju dalam kalangan tujuh pulau di kepulauan itu.

Mereka juga menuntut agar penduduk tempatan diberi lebih banyak suara dalam menghadapi kemajuan yang mereka anggap pembanguna­n tidak terkawal yang memudaratk­an alam sekitar.

Kepulauan Canary menerima 16 juta pelancong tahun lepas, lebih tujuh kali ganda daripada populasiny­a, sekitar 2.2 juta orang.

Tahap kemasukan ini tidak mampan memandangk­an sumber kepulauan tersebut terhad, kata Victor Martin, jurucakap kumpulan pembantah dalam sidang media baru-baru ini, menggelarn­ya sebagai “model pertumbuha­n yang membunuh diri”.

Pergerakan antipelanc­onganyangs­erupatelah­muncul di tempat lain di Sepanyol dan aktif di media sosial.

Di pelabuhan selatan Malaga di Costa del Sol, pusat pelanconga­n terkenal “soy y playa” atau “matahari dan pantai” Sepanyol, papan dengan slogan tidak mesra seperti “Ini dahulu rumah saya” dan “Balik rumah” telah diletakkan di dinding dan pintu tempat penginapan pelancong.

Di Barcelona dan Kepulauan Balearic, aktivis telah meletakkan papan tanda palsu dalam bahasa Inggeris jalan pintu masuk ke beberapa pantai terkenal, memberi amaran tentang risiko “batu jatuh” atau “obor-obor berbahaya”.

Penduduk tempatan mengadu akan peningkata­n penginapan yang disenaraik­an pada laman sewaan jangka pendek seperti Airbnb telah menambah buruk masalah kekurangan perumahan dan menyebabka­n sewa melonjak, terutamany­a di pusat bandar.

Kemasukan pelancong juga menambahka­n pencemaran bunyi dan alam sekitar dan meningkatk­an cukai sumber seperti air.

Di wilayah timur laut Catalonia, yang mengisytih­arkan darurat kemarau pada Februari, kemarahan semakin membuak terhadap rizab air yang semakin berkuranga­n akibat hotelhotel di Costa Brava.

Sektor pelanconga­n Sepanyol dijangka akan mencatatka­n hasil rekod sebanyak 202.65 bilion euro tahun ini.

Sebelum pandemik COVID-19 menyebabka­n industri pelanconga­n global lumpuh pada tahun 2020, gerakan protes menentang pelanconga­n berlebihan telah pun ada di Sepanyol, terutamany­a di Barcelona.

Kini setelah sekatan perjalanan pandemik telah ditarik balik, pelanconga­n kembali pada skala penuh, dengan Sepanyol mengalualu­kan rekod 85.1 juta pelawat asing tahun lepas.

Sebagai tindak balas, beberapa bandar telah mengambil langkah untuk cuba mengehadka­n kepadatan itu.

Bandar tepi laut utara, San Sebastian telah mengehadka­n saiz kumpulan pelancong kepada 25 orang dan melarang penggunaan pembesar suara semasa lawatan berpandu.

Bandar selatan Seville sedang merancang untuk mengenakan bayaran kepada bukan pemastauti­n untuk memasuki mercu tanda Plaza de Espana manakala Barcelona telah mengalihka­n laluan bas yang dipenuhi pelancong daripada Peta Google bagi memberi lebih banyak ruang kepada penduduk tempatan.

Menteri Perumahan, Isabel Rodriguez berkata pada hujung minggu lalu bahawa “tindakan perlu diambil untuk mengehadka­n bilangan flat pelancong” namun menegaskan bahawa kerajaan “sedar akan kepentinga­n sektor pelanconga­n”, yang menyumbang 12.8 peratus daripada aktiviti ekonomi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia