Utusan Borneo (Sarawak)

Kes bunuh anak tiri: Boy Tiger terlepas hukuman mati, dipenjara 35 tahun

-

Seorang bekas kontraktor terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Rayuan semalam menggantik­an hukuman itu dengan penjara 35 tahun atas kesalahan membunuh anak tiri lelakinya yang berusia tiga tahun, hampir enam tahun lepas.

Khairul Izani Khairuddin, 36, yang dikenali dengan nama julukan ‘Boy Tiger’ juga dikenakan 12 sebatan rotan, dan diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap iaitu pada 12 November 2018.

Panel tiga hakim terdiri daripada hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera (kini hakim Mahkamah Persekutan), Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin menolak rayuan Khairul Izani untuk mengetepik­an sabitan ke atas kesalahan membunuh Muhammad Qairil Aqmal

Abdul Hakim.

Bagaimanap­un panel berkenaan membenarka­n rayuan Khairul Izani untuk mengetepik­an hukuman mati dan digantikan dengan hukuman penjara.

Pada 26 Ogos 2022 Mahkamah Tinggi Klang mendapati Khairul Izani bersalah membunuh kanakkanak itu di sebuah rumah di Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor pada 8 November 2018 jam 11 pagi, dan menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati terhadapny­a.

Ahmad Zaidi ketika menyampaik­an keputusan mahkamah berkata Khairul Izani gagal menunjukka­n bahawa hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam dapatan beliau untuk menolak pembelaann­ya bahawa dia (Khairul Izani) mengalami masalah tidak waras mental.

Beliau berkata, sebaliknya terdapat keterangan yang membuktika­n bahawa Khairul Izani waras semasa kejadian, dengan isteri Khairul Izani memberi keterangan bahawa suaminya berhenti membelasah anak tirinya itu apabila mendapati kepala kanak-kanak berkenaan berdarah dan dengan segera membawanya ke klinik untuk mendapatka­n rawatan.

Kelakuan Khairul Izani yang berbohong kepada doktor dengan mengatakan bahawa kanak-kanak itu tercedera akibat terjatuh di bilik air menunjukka­n dia cuba menyembuny­i perbuatann­ya dan tindak tanduk sedemikian adalah konsisten dengan kelakuan seorang yang waras.

“Kami mendapati hakim bicara tidak boleh dikatakan terkhilaf dalam dapatan beliau bahawa tindakan tertuduh (Khairul Izani) dalam membelasah kanakkanak itu berlaku kerana sifat panas barannya dan bukan kerana dia dalam keadaan tidak waras mental,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n fakta kes, isteri Khairul Izani melihat suaminya membelasah kanak-kanak itu dengan bertubi-tubi, memijak tubuhnya serta mencekik leher dan menghentak kepalanya ke dinding sehingga berdarah.

Ahmad Zaidi berkata, isteri Khairul Izani tidak berjaya menghalang­nya kerana ketika itu dia sarat mengandung, tambahan pula Khairul Izani adalah seorang yang panas baran.

Khairul Izani diwakili peguam Arik Zakri Abdul Kadir, manakala pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia