Utusan Borneo (Sarawak)

KWAP hantar RM1.8 bilion ke luar negara tanpa usaha wajar: Saksi

- KUALA LUMPUR:

Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa SRC Internatio­nal Sdn Bhd gagal melaksanak­an usaha wajar ke atas RM1.8 bilion pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pertama, sebelum memindahka­nnya ke akaun luar pesisir yang didakwa untuk aktiviti pelaburan.

Bekas pengarah SRC Internatio­nal Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 54, berkata tiada usaha wajar dilakukan kerana resolusi pekeliling (DCR) pengarah telah ditandatan­gani dan diluluskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan perdana menteri dan juga menteri kewangan ketika itu.

Shahrol Azral berkata demikian ketika memberi keterangan selaku pihak ketiga dalam saman sivil US$1.18 bilion SRC Internatio­nal terhadap Najib dan bekas ketua pegawai eksekutifn­ya Nik Faisal Ariff Kamil.

“Saya merasakan saya perlu melakukann­ya kerana ia adalah arahan PM. Saya lebih suka jika mempunyai lebih maklumat, tetapi saya teruskan juga dan menandatan­ganinya. Ia bukan sekadar arahan, ia telah ditandatan­gani oleh PM dan bekas menteri kewangan dan pemegang saham 1MDB yang menjadikan­nya sangat kukuh.

“Kami cuba mendapatka­n seberapa banyak maklumat yang boleh, tetapi apabila tiba untuk pelaksanaa­n, PM telah menandatan­ganinya… jadi kami terpaksa melakukann­ya. Jika PM fikir ia adalah idea yang baik, saya percaya pertimbang­annya,” kata saksi itu ketika disoal peguam Najib Harvinderj­it Singh.

Wang pinjaman itu telah dipindahka­n kepada Falcon Private Bank Ltd di Switzerlan­d

dan Julius Baer di Hong Kong untuk kegunaan bagi memperoleh dua syarikat di Indonesia (PT ABM Investama dan Bumi Resources TBk PT) serta dua syarikat di Mongolia (Gobi Coal and Energy Limited dan ErdensTava­n Tolgoi).

Dalam perbicaraa­n jenayah SRC pada 2019, bekas pengerusi SRC Tan Sri Ismee Ismail memberi keterangan bahawa Nik Faisal telah diarahkan oleh Najib untuk memindahka­n wang itu dalam mesyuarat pada 7 Sept 2011.

SRC di bawah pengurusan baharunya memfailkan saman itu pada Mei 2021 dengan mendakwa bahawa Najib telah melakukan pecah amanah dan penyalahgu­naan kuasa, secara peribadi mendapat manfaat daripada dana syarikat dan menyalahgu­nakan dana tersebut.

Ia juga memohon pengisytih­aran mahkamah bahawa Najib bertanggun­gjawab ke atas kerugian syarikat akibat pelanggara­n tugas dan amanahnya, dan supaya Najib membayar balik kerugian RM42 juta yang mereka alami.

Najib, 70, menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyelewen­g RM42 juta dana SRC Internatio­nal.

Beliau kemudianny­a memfailkan petisyen untuk pengampuna­n diraja pada 2 Sept 2022 dan Lembaga Pengampuna­n pada Januari tahun ini telah mengurangk­an hukuman penjara Najib daripada 12 kepada enam tahun serta denda dikurangka­n kepada RM50 juta daripada RM210 juta.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung pada 6 Mei pukul 9.30 pagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia