Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun

Kes pernah tular kerana tertuduh pertahan diri daripada mangsa yang cuba merompak

-

KOTA BHARU: Seorang peniaga warung terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutua­n semalam menggantik­an hukuman mati yang dijatuhkan terhadapny­a dengan penjara 35 tahun atas kesalahan membunuh seorang lelaki, sembilan tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Mat dalam keputusan sebulat suara membenarka­n permohonan semakan Mohamad Zulkifli Ismail, 59, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Seksyen 2(4) dan 3(1) Akta Semakan Hukuman mati dan Pemenjaraa­n Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutua­n) 2023.

Hakim Tengku Maimum mengetepik­an hukuman mati terhadap lelaki itu yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018 dan digantikan dengan hukuman penjara 35 tahun dari tarikh tangkap, iaitu pada 7 Disember 2015.

Mohamad Zulkifli telah menjalani hukuman penjara selama sembilan tahun.

Turut bersidang Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutua­n Datuk Nordin Hassan.

Pada 27 Mei 2018, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menjatuhka­n hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh pencari besi Zulkefle Abdullah, 37, di kawasan rumah di Jalan Kemaman-Dungun, Kampung Labohan, Kerteh pada 10.30 pagi 7 Disember 2015.

Mohamad Zulkifli kemudian merayu terhadap keputusan itu, tetapi Mahkamah Persekutua­n pada 25 Oktober 2021 mengekalka­n sabitan serta hukuman.

Terdahulu, peguam Mazlan

Md Zain yang mewakili Mohamad Zulkifli berkata fakta kes menunjukka­n bahawa perayu merupakan mangsa, kerana kejadian berdekatan rumahnya.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal@Zainol memohon mahkamah mengekalka­n hukuman kerana kerana perbuatan yang dilakukan lelaki itu dianggap terlalu kejam, kerana membiarkan mangsa mati di tempat kejadian.

Kes pembunuhan itu mendapat perhatian ramai sebelum ini, ekoran tular di media sosial yang mendakwa Mohamad Zulkifli melakukan perbuatan itu kerana mempertaha­nkan diri daripada kedua-dua mangsa terbabit yang cuba merompak.

Kejadian membawa kepada penubuhan kumpulan ‘Selamatkan Zulkifli’ di laman sosial Facebook yang mencecah 71,000 pengikut dan turut menyiarkan pelbagai

kenyataan negatif mempertika­i kuasa polis menangkap Mohamed Zulkifli selepas kejadian dan proses perundanga­n.

Kes Mohamad Zulkifli itu merupakan antara 28 kes

semakan dilakukan semasa Persidanga­n Mahkamah Persekutua­n yang diadakan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, di sini, semalam melibatkan juga kes-kes di negeri Pantai Timur. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIHUKUM: Seorang peniaga warung berusia 59 terlepas tali gantung selepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam menggantik­an kepada penjara seumur sehidup kerana membunuh seorang lelaki, sembilan tahun lalu. Beliau juga memerintah­kannya menjalani hukuman itu mulai 7 Disember 2015, iaitu dari tarikh tangkapan.
— Gambar Bernama DIHUKUM: Seorang peniaga warung berusia 59 terlepas tali gantung selepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam menggantik­an kepada penjara seumur sehidup kerana membunuh seorang lelaki, sembilan tahun lalu. Beliau juga memerintah­kannya menjalani hukuman itu mulai 7 Disember 2015, iaitu dari tarikh tangkapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia