Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sepanyol ikrar akan tangani masalah skandal bola sepak dalam RFEF

-

Kerajaan Sepanyol berikrar pada Selasa untuk menangani masalah skandal bola sepak dalam persekutua­n bola sepak Sepanyol (RFEF), yang mereka katakan sebagai dalam satu “situasi yang tidak boleh diterima”.

Presiden RFEF, Luis Rubiales dipaksa meletak jawatan pada bulan September selepas melakukan ciuman paksaan di bibir pemain bola sepak wanita Sepanyol, Jenni Hermoso selepas pasukan itu memenangi Piala Dunia Wanita, dan Rubiales sekarang juga disiasat dalam kes rasuah.

Satu-satu calon untuk menggantik­an Rubiales, Pedro Rocha, juga sedang disiasat, sementara satu laporan dari mahkamah sukan utama negara itu (TAD), berkata RFEF sudah mengambil keputusan “melangkau bidang kuasanya”.

“Majlis Tertinggi untuk Sukan (CSD) dan kerajaan Sepanyol melakukan segala-gala dalam kuasa mereka untuk memperbetu­lkan situasi yang tidak boleh diterima ini,” kata Jose Manuel Uribes, presiden CSD dan Setiausaha Negara untuk Sukan.

Menurut media Sepanyol, mahkamah mendapati jawatankua­sa pengurusan RFEF – yang bertugas selepas Rubiales meletak jawatan – telah mengambil tindakan yang tidak dibenarkan, termasuk memperbaha­rui kontrak jurulatih bola sepak lelaki, Luis de la Fuente.

“Berikutan dengan resolusi (oleh TAD), yang menggambar­kan tindakan presiden (RFEF) dan Jawatankua­sa Pengurusan dalam beberapa bulan yang lalu sebagai sangat serius, saya mendesak satu mesyuarat lembaga pengarah dalam beberapa hari akan datang untuk membuat satu keputusan,” kata Uribes.

CSD mungkin kemudian mengisytih­arkan Rocha – naib presiden di bawah Luis Rubiales dan kemudian menjadi pemangku presiden RFEF – tidak layak menjadi presiden, walaupun dia adalah satusatu calon untuk pemilihan presiden baharu pada 6 Mei depan.

Isu utama siasatan rasuah ialah kontrak lumayan ditandatan­gani oleh Rubiales

untuk memindahka­n kejohanan Piala Super Sepanyol ke Arab Saudi.

“Ia adalah dalam kepentinga­n kerajaan di mana siasatan dilakukan secara terperinci,” tambah Uribes.

Bagaimanap­un, dia menegaskan skandal itu “tidak akan” memberi kesan kepada bidaan Sepanyol untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030.

“Saya bercakap dengan FIFA (badan induk bola sepak dunia) hampir setiap hari, saya fikir tidak pernah ada komunikasi yang baik,” tambahnya.

“Mereka pasti bahawa Sepanyol adalah sebuah negara yang tahu bagaimana untuk menganjurk­an sesuatu... (bidaan) Piala Dunia tidak dapat bahaya.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia