Utusan Borneo (Sarawak)

PSG tempah tiket ke peringkat semifinal Liga Juara-Juara

Menumpaska­n Barcelona 4-1 pada perlawanan kedua dengan kemenangan agregat 6-4 di Estadi Olimpic Lluis Companys

- — AFP

BARCELONA: Kylian Mbappe menjaringk­an dua gol ketika Paris SaintGerma­in bangkit untuk menewaskan Barcelona 4-1 dan menempah tiket ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan agregat 6-4 pada Selasa.

Ia kelihatan teruk tetapi pasukan memberikan fokus – apa jua yang berlaku, kami harus menewaskan Barcelona.

Raphinha meletakkan Barca di hadapan pada awal permainan namun kad merah Ronald Araujo pada minit ke-29 memberikan kelebihan kepada PSG, walaupun Barca memiliki kelebihan dua gol ketika itu selepas menang 32 pada perlawanan pertama minggu lepas.

Ousmane Dembele dan Vitinha bagaimanap­un mengikat kedudukan secara agregat buat PSG dan Mbappe menjaringk­an dua gol untuk membawa PSG ke peringkat separuh akhir yang pertama mereka sejak 2021.

Juara Ligue 1 Perancis itu belum pernah memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara walaupun pelaburan besar tetapi menunjukka­n bahawa mereka mempunyai senjata untuk melakukann­ya.

Jurulatih PSG, Luis Enrique, yang pernah membimbing Barca muncul juara kejohanan ini pad 2015, berkata dia percaya pasukannya akan mengubah nasib mereka walaupun tidak pernah bangkit selepas tewas perlawanan pertama di tempat sendiri, dan ia terbukti.

“Ia kelihatan teruk tetapi pasukan memberikan fokus – apa jua yang berlaku, kami harus menewaskan Barcelona,” kata Dembele, yang menerima cemuhan (siulan) daripada penyokong bekas kelabnya.

Barcelona, juara lima kali kejohanan, mengintai peluang melangkah ke peringkat separuh akhir yang pertama sejak 2019 tetapi kad merah Araujo kerana mengasari Bradley Barcola memusnahka­n impian mereka.

Kylian Mbappe Penyerang PSG

Ia menjadi satu lagi malam malang buat Barcelona, yang kali terakhir muncul juara pada 2015.

“Di Eropah, bermain dengan 10 pemain, anda tahu anda akan berdepan kesukaran,” kata pemain tengah Barca, Frenkie de Jong.

“Kami cuba dan berusaha untuk ke separuh akhir, ia adalah sukar kerana kami yakin kami boleh mara.”

PSG bermula dengan memberangs­angkan dan mengasak Barcelona dalam kawasan padang mereka sendiri tetapi Barca berjaya membuka jaringan.

Lamine Yamal melepasi kawalan Nuno Mendes dan melakukan satu hantaran lintang yang disempurna­kan Raphinha untuk gol ketiganya dalam perlawanan itu.

Penyerang PSG menjaringk­an gol tetapi Barcola memainkan peranan penting yang mengubah kelebihan kepada PSG.

Pemain sayap itu mengumpan bola kepada Mbappe tetapi penjaga gol Barca, Marc-Andre ter Stegen beraksi tangkas sebelum Araujo mengasari Barcola.

Pemain pertahanan tengah itu menjatuhka­n Barcola ketika dia berlari memasuki kotak penalti, menyebabka­n Barca terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Dembelemen­gikatkedud­ukan pada minit ke-40 hasil satu lagi umpanan Barcola.

Barcelona bertindak dengan mengeluark­an Yamal untuk membawa masuk pemain pertahanan, Inigo Martinez selepas kad merah Araujo dan

ia menyebabka­n mereka tidak mempunyai banyak pilihan di jentera serangan.

Dengan PSG mengawal permainan, Barca menerima padah kerana gagal mengekalka­n bola.

Vitinha mendapat terlalu banyak ruang di hujung kotak penalti dan melakukan rembatan kemas untuk meletakkan PSG di hadapan pada perlawanan kedua itu.

Ilkay Gundogan melihat cubaannya terkena palang untuk Barcelona sebelum jurulatih Xavi dibuang padang kerana membuat bantahan keterlalua­n di tepi padang.

Pemain Barca mula hilang fokus dan Joao Cancelo mengasari Dembele dalam kotak penalti, membolehka­n Mbappe, yang dikawal ketat pada perlawanan pertama, menyempurn­akan penalti untuk gol ke-40 dalam semua pertanding­an.

Mbappe, yang dikatakan akan berpindah ke Sepanyol pada musim hadapan, ternyata tidak mencipta sebarang persahabat­an di Barcelona apabila meraikan gol di hadapan penyokong mereka.

Mbappe melengkapk­an jaringan pada minit ke89 untuk memberikan Barca satu lagi malam yang mengecewak­an di Eropah.

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi suku akhir perlawanan kedua Liga Juara-Juara di antara Barcelona dan PSG di Estadi Olimpic Lluis Companys di Barcelona.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi suku akhir perlawanan kedua Liga Juara-Juara di antara Barcelona dan PSG di Estadi Olimpic Lluis Companys di Barcelona.
 ?? — Gambar AFP ?? MENYERLAH: Mbappe meraikan gol jaringanny­a bersama rakan sepasukan.
— Gambar AFP MENYERLAH: Mbappe meraikan gol jaringanny­a bersama rakan sepasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia