Utusan Borneo (Sarawak)

Bremen gantung Keita ‘sehingga akhir musim’ selepas enggan bermain menentang Leverkusen

-

DORTMUND: Kelab Bundesliga Jerman, Werder Bremen pada Selasa menggantun­g pemainnya, Naby Keita “sehingga akhir musim” dan menghukum pemain tengah itu “denda besar” selepas dia menolak untuk bermain perlawanan menentang Bayer Leverkusen pada Ahad.

Bekas pemain tengah kelab Liverpool itu diberitahu sebelum perlawanan di Leverkusen pada Ahad di mana dia tidak akan berada dalam kesebelasa­n utama. Pemain berusia 28 tahun itu tidak dapat menerima keputusan itu di mana enggan menaiki bas pasukan dan sebaliknya terus pulang ke rumah.

“Kami tidak dapat bertolak-ansur dengan tindakan Naby,” kata pengarah sukan Bremen, Clemens Fritz dalam satu kenyataan, dengan berkata kelab “tidak mempunyai sebarang pilihan.”

“Dia mengecewak­an pasukannya dalam masa sukar ketika prestasi hambar pasukan dan kemampuan skuad. Dia meletakkan kepentinga­n dirinya sendiri berbanding pasukan. Kami tidak boleh membenarka­n semua itu berlaku.”

Keita, yang menyertai Liverpool dari kelab RB Leipzig dengan yuran 60 juta euro dan memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris bersama Liverpool, namun sering mengalami kecederaan sekembalin­ya ke Bundesliga Jerman.

Dia berpindah ke Bremen tambah yuran perpindaha­n pada musim panas 2023 tetapi hanya bermain lima perlawanan dalam semua pertanding­an dan masih belum menjaringk­an sebarang gol atau mengumpan gol.

Awal musim ini, Keita bermain empat perlawanan ketika pasukan kebangsaan­nya, Guinea, melangkah ke peringkat suku akhir Piala Negara Afrika.

Bremen ketika ini berada di tangga ke-12 liga, lima mata di hadapan Mainz, yang berada di tangga ke16 liga, slot playoff penyingkir­an liga.

 ?? KEITA ??
KEITA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia