Utusan Borneo (Sarawak)

Azam dorong kemaraan Dortmund

Dortmund menang agregat 5-4 ke atas Atletico dan penampilan pertama ke separuh akhir Liga Juara-Juara sejak 2013

-

DORTMUND: Borussia Dortmund bangkit bergaya untuk menewaskan Atletico Madrid 4-2 pada perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara pada Selasa, sekali gus mengesahka­n kemenangan agregat 5-4 dan penampilan pertama ke peringkat separuh akhir kejohanan sejak 2013.

Ketinggala­n 1-2 dari perlawanan pertama, gol oleh Julian Brandt dan Ian Maatsen meletakkan Dortmund 2-0 pada masa rehat.

Jurulatih Atletico, Diego Simeone, melakukan tiga pertukaran pada masa rehat, memasukkan Angel Correa dan tenaga pemain itu membantu Atletico dengan serta-merta apabila Mats Hummels tertolak bola ke pintu golnya sendiri untuk membolehka­n Atletico merapatkan kedudukan 1-2 dan mengikat kedudukan 3-3 secara agregat.

Namun gol sendiri itu mengembali­kan semangat Dortmund, dengan Niclas Fuellkrug dan Marcel Sabitzer menjaringk­an gol dalam tempoh tiga minit untuk memastikan kelab dari Bundesliga Jerman itu melangkah ke peringkat separuh akhir.

“Ia ajaib sekali. Saya tidak mahu bercakap secara keterlalua­n tetapi ia benar-benar ajaib. Stadium ini membara hari ini,” kata Fuellkrug

Dortmund, bekas juara kejohanan yang berada di tangga kelima Bundesliga dan bergelut untuk memburu kelayakan ke kejohanan ini musim hadapan, akan bertemu Paris Saint-Germain

(PSG) untuk memburu satu tempat ke final yang berlangsun­g di Stadium Wembley pada 1 Jun depan.

“Kami ada memberikan mereka peluang dan gol dalam 15 minit selepas rehat, kami harus memperbaik­inya, itu apa yang pasti tetapi reaksi kami kepada gol itu adalah luar biasa sekali,” kata Brandt.

Atletico mengintai peluang ke separuh akhir kejohanan buat kali pertama dalam tempoh tujuh tahun tetapi tewas di peringkat suku akhir untuk kali ketiga dalam lima musim.

“Ia sukar,” kata kapten Atletico, Koke. “Gol mereka menyakitka­n kami – hakikat mereka memperoleh­i gol dengan sangat cepat benar-benar

menyukarka­n kami.

“Kami marah kerana kami mahu meneruskan kemaraan. Ini lumrah bola sepak dan ia kadang-kadang kejam.”

Pasukan tuan rumah seharusnya boleh mengikat kedudukan seawal minit ketiga tetapi Sabitzer terlalu lama mengelecek bola, membolehka­n pertahanan Atletico menghadang­nya.

Tidak lama selepas itu, Atletico mempunyai peluang untuk membuka jaringan apabila Alvaro Morata mengejar bola dan berdepan dengan penjaga gol tetapi umpanan lambungnya sedikit tersasar dari pintu gol.

Dengan sokongan padu 80,000 penonton sendiri untuk menyamai suasana di ibu kota Madrid minggu lepas,

Dortmund terus berusaha dan mencipta peluang, dengan rembatan Karim Adeyemi meluru tepat ke dakapan penjaga gol Atletico, Jan Oblak.

Dortmund memecah kebuntuan pada minit ke-34 apabila Brandt menerima umpanan Hummels dan melarikan bola sebelum merembat ke pintu gol.

Dortmund menambah jaringan lima minit kemudian apabila Maatsen merembat tepat selepas tidak langsung dikawal dalam kotak penalti Atletico.

Dengan Simeone merasakan peluang untuk layak ke separuh akhir semakin sukar, dia merombak skuadnya pada masa rehat, melakukan tiga pertukaran termasuk mengeluark­an Morata dan Correa.

Masalah Dortmund tibatiba kembali, menyebabka­n Atletico mengikat kedudukan secara agregat.

Hummels tertolak satu tandukan Mario Hermoso ke pintu golnya sendiri dari satu tendangan sudut.

Gol itu membangkit­kan semangat Atletico dan Correa menjaringk­an gol penyamaan dan gol pendahulua­n agregat pada minit ke-64.

Namun sebaliknya, gol itu mengembali­kan keyakinan Dortmund dengan anak buah Edin Terzic menjaringk­an dua gol dalam tempoh tiga minit untuk mendahului kedudukan secara agregat dan mengesahka­n kemaraan ke separuh akhir.

“Ia ajaib sekali. Saya tidak mahu bercakap secara keterlalua­n tetapi ia benar-benar ajaib. Stadium ini ” membara. Niclas Fuellkrug Penyerang Dortmund

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak aksi perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara di antara Dortmund dan Atletico Madrid di Dortmund.
— Gambar AFP AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak aksi perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara di antara Dortmund dan Atletico Madrid di Dortmund.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia