Utusan Borneo (Sarawak)

Nadal tidak taruh harapan menjuarai kejohanan di Terbuka Barcelona

-

Rafael Nadal berkata dia mengurangk­an jangkaan di Terbuka Barcelona selepas membuat kepulangan memberangs­angkan dari kecederaan apabila menewaskan pemain dari Itali, Flavio Cobolli 6-2 dan 6-3.

Pemenang 22 kejuaraan Grand Slam itu belum beraksi dalam mana-mana kejohanan kompetetif sejak bulan Januari tetapi tidak menghadapi masalah menewaskan Cobolli, pemain ranking ke-62 dunia untuk melangkah ke pusingan kedua.

Jaguh dari Sepanyol yang juga bekas pemain nombor satu dunia itu melihat kedudukan ranking dunianya jatuh ke tangga ke-644 selepas tidak bermain hampir sepanjang tahun lepas, kecuali di Terbuka Australia. Kepulangan­nya dari kecederaan di awal tahun ini juga terhalang oleh kecederaan baharu semasa kejohanan di Brisbane.

Bagi Nadal, juara 12 kali kejohanan di sini, ia adalah penampilan pertamanya di permukaan tanah liat sejak memenangi kejuaraan Terbuka Perancis hampir dua tahun yang lalu, tetapi dia berhasrat untuk tidak melihat terlalu jauh.

Stefanos Tsitsipas, pemenang kejohanan Siri Master Monte Carlo minggu lepas, berkata pada awal minggu ini di mana dia tidak akan berasa terkejut jika Nadal melangkah ke final.

“Hari ini, untuk berkata saya adalah pemain pilihan, saya fikir ia tidak masuk akal. Tsitsipas tahu ia bukan cerita sebenar,” kata Nadal, yang mencecah usia 38 tahun pada bulan Jun.

“Saya faham dia berkata begitu sebagai tanda hormat di atas apa yang saya lakukan pada kejohanan ini. Semua orang tahu saya bukan pemain pilihan untuk muncul juara kejohanan.”

“Saya tidak mempunyai sebarang kepercayaa­n jika saya pemain pilihan hari ini, saya tahu esok ia tidak akan berlaku,” tambah Nadal, yang akan menentang pemain pilihan keempat kejohanan, Alex de Minaur.

“Tetapi ia tidak penting, saya tetap akan bermain dan ia akan menjadi satu pengalaman berdepan pemain hebat.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TENANG: Nadal ketika menentang lawannya Cobolli pada Kejohanan Terbuka Barcelona di Real Club de Tenis.
— Gambar AFP TENANG: Nadal ketika menentang lawannya Cobolli pada Kejohanan Terbuka Barcelona di Real Club de Tenis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia