Utusan Borneo (Sarawak)

MPB diminta kaji pendekatan terbaik kekalkan pengeluara­n, kualiti Lada Sarawak

-

Lembaga Lada Malaysia (MPB) diminta mengkaji pendekatan terbaik untuk mengekalka­n pengeluara­n dan kualiti Lada Sarawak agar dapat bersaing dengan tanaman komoditi lain.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Martin Ben berkata, meskipun Sarawak bukan pengeluar terbesar lada tetapi ia mempunyai lada berkualiti tinggi dan terkenal di luar negara.

“Sekarang, memang ada persaingan antara komoditi atau tanaman lain dan kini ramai pekebun kecil terlibat dengan kelapa sawit yang mungkin boleh memberikan pendapatan bulanan kepada mereka.

“Penanaman lada, ia memang agak rumit dari segi pengurusan selain memerlukan tenaga kerja untuk menuai sekarang yang semakin berkuranga­n. Ini cabarannya.

“Sebab itu saya katakan, dengan kajian dilakukan MPB, kita berharap penanaman lada dapat dilakukan berdekatan rumah berbanding sedia ada,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Pemerkasaa­n Penggiat Industri Lada anjuran MPB yang dihadiri Ketua Pengarahny­a Vincent Sawat di Dewan Babuk Barum, Kampung Bunan Gega/Punok di Tebedu dekat sini, semalam.

Martin berkata, Lada Sarawak harus dipelihara kerana mempunyai jenamanya yang tersendiri dan terkenal dalam industri tersebut.

Beliau berkata, antara kajian pendekatan yang mungkin boleh dipertimba­ngkan termasuk penanaman lada berdekatan dengan rumah, berbanding mengambil masa yang lama dengan berjalan ke kaki gunung atau bukit.

“Ia mungkin memakan masa, tetapi dengan penyelidik­an yang terbukti, ia mungkin boleh ditanam berdekatan dengan rumah. Malah, pekebun atau petani bandar boleh mengambil bahagian.

“Ini sekali gus untuk meningkatk­an pengeluara­n keseluruha­n kita kerana ia melibatkan bukan sahaja petani tradisiona­l sedia ada,” tegasnya.

 ?? — Gambar Mohd Faisal Ahmad ?? TERTARIK: Martin mendengar taklimat daripada wakil pempamer pada pameran sempena program tersebut.
— Gambar Mohd Faisal Ahmad TERTARIK: Martin mendengar taklimat daripada wakil pempamer pada pameran sempena program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia