Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak lelaki cedera kemalangan meninggal dunia

-

Seorang kanakkanak lelaki yang terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama bapanya di Jalan Airport di sini pada Selasa, meninggal dunia pada kira-kira jam 4.30 pagi semalam ketika menerima rawatan di Hospital Miri.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu ketika dihubungi mengesahka­n laporan berkenaan.

“Ya, (mangsa) meninggal dunia pada jam lebih kurang 4.30 pagi tadi (semalam),” katanya dalam kenyataan ringkas.

Terdahulu, mangsa dikenali sebagai Rizq Aqil Mohd Firdauz, 12, yang mengalami kecederaan parah dalam kemalangan itu dikejarkan ke Hospital Miri bagi mendapatka­n rawatan lanjut.

Alexson dalam kenyataan media sebelum ini memberitah­u, kemalangan pada kira-kira jam 2.32 petang Selasa lalu melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun dengan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 59 tahun.

“Hasil siasatan mendedahka­n kereta terbabit dipandu dari arah pusat bandar dan apabila tiba di tempat kejadian ia dipercayai telah melanggar sebuah lori di hadapannya.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Miri, manakala anaknya yang berusia 12 tahun mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Miri bagi mendapatka­n rawatan lanjut,” ujarnya.

Menurut Alexson, kesan pelanggara­n menyebabka­n kereta tersebut remuk teruk pada bahagian hadapan dan lori mengalami kerosakan di bahagian kiri belakang.

Sementara itu, hantaran di Facebook Sekolah Kebangsaan (SK) South di sini menyampaik­an ucapan takziah kepada keluarga arwah atas kehilangan Rizq Aqil dan bapanya Mohd Firdauz Chemat.

Sekolah itu menyifatka­n Rizq Aqil terkenal dengan sapaan penuh senyuman mesra, sangat rajin membantu guruguru, proaktif melibatkan diri dalam apa jua aktiviti dan berani menyahut cabaran.

“Bukan sekadar pelajar, Rizq Aqil adalah cahaya yang bersinar di dalam kelas.

“Semangat beliau untuk belajar, kebaikan beliau terhadap rakan sebaya dan keazaman beliau yang tidak berbelah bahagi benar-benar memberi inspirasi.

“Senyuman dan sapaan mesra beliau menaikkan semangat orang di sekeliling dan sentiasa menawarkan bantuan.

“Marilah kita mengingati dan mendoakan adik Rizq Aqil bukan sahaja untuk kehilangan yang kita rasai tetapi juga untuk kegembiraa­n dan inspirasi yang beliau bawa ke dalam hidup kita.

“Semoga syurga tempatmu kembali wahai anak didik yang dikasihi,” menurut hantaran tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia