Utusan Borneo (Sarawak)

Penumpang terkandas di LTAK luah perasaan bercampur-baur

-

Pelajar jurusan undang-undang Qlaressa Aessherra Ezat Fahmy menzahirka­nperasaanb­ercampurba­ur selepas penerbanga­nnya ke Kuala Lumpur semalam dibatalkan berikutan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia.

Gadis berusia 20 tahun itu sepatutnya menaiki penerbanga­n AirAsia pada jam 12.30 tengah hari semalam kerana dia perlu kembali ke universiti­nya.

Qlaressa merupakan antara penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) semalam selepas rata-rata penerbanga­n Malaysia Airlines, AirAsia dan Firefly dibatalkan berikutan letusan gunung berapi tersebut.

Ketika ditemui, Qlaressa berkata dia berasa sedikit tertekan apabila memikirkan tentang kucing peliharaan­nya di Kuala Lumpur, namun pada masa sama dia juga berasa bersyukur kepada Tuhan kerana diberikan keselamata­n.

“Nenek saya menasihati saya bahawa hari ini (semalam) mungkin bukan hari yang baik untuk menaiki penerbanga­n kerana keadaan sekarang berbahaya.

“Tetapi saya merindui kucing saya. Salah seekor daripadany­a sedang bunting,” katanya kepada The Borneo Post.

Qlaressa sepatutnya menaiki penerbanga­n bersama sepupunya, Aida Syakirah

Zainuddin, juga berusia 20 tahun dan pelajar jurusan perniagaan.

Kedua-dua gadis itu ditemani di LTAK oleh bapa Aida Syakirah iaitu Zainuddin dan kakaknya Dania.

Qlaressa memaklumka­n AirAsia tidak menghantar emel atau SMS kepada mereka atas kelewatan itu, mungkin kerana pembatalan itu adalah

keputusan saat-saat akhir syarikat tambang rendah itu.

Mereka sebaliknya hanya mengetahui mengenai pembatalan penerbanga­n itu sebaik tiba di lobi LTAK sekitar jam 10.30 pagi.

Qlaressa berkata, dia dan sepupunya kini hanya mampu menunggu penerbanga­n yang dijadualka­n semula semalam dan jika tidak, mereka akan

melakukan perjalanan pada hari lain.

“Kami mungkin tidak akan menunggu sepanjang hari di sini, tetapi kami masih mengharapk­an penerbanga­n lain hari ini (semalam),” katanya sambil menambah, mereka perlu dimaklumka­n dengan maklumat kemas kini oleh kakitangan kaunter dari semasa ke semasa.

 ?? — Gambar Churchill Edward ?? TERKANDAS: Qlaressa (dua kiri), Aida Syakirah (dua kanan) menunggu dengan sabar di lobi LTAK untuk penerbanga­n seterusnya.
— Gambar Churchill Edward TERKANDAS: Qlaressa (dua kiri), Aida Syakirah (dua kanan) menunggu dengan sabar di lobi LTAK untuk penerbanga­n seterusnya.
 ?? — Gambar Churchill Edward ?? PERKEMBANG­AN: Suasana di LTAK menunjukka­n para penumpang melihat paparan skrin untuk mendapatka­n maklumat semasa mengenai penerbanga­n mereka.
— Gambar Churchill Edward PERKEMBANG­AN: Suasana di LTAK menunjukka­n para penumpang melihat paparan skrin untuk mendapatka­n maklumat semasa mengenai penerbanga­n mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia