Utusan Borneo (Sarawak)

Mungkin kata sepakat persatuan pengurusan hotel bajet

Abdul Karim percaya tindakan hotel bajet menaikkan kadar harga bilik bukan keputusan dibuat sewenang-wenangnya

- Oleh Hamkar Sarbinee

KUCHING: Keputusan pengurusan hotel bajet untuk menaikkan kadar harga bilik bukan perkara yang dibuat secara sewenangwe­nangnya, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n itu menjelaska­n, keputusan itu mungkin kata sepakat yang telah diambil oleh persatuan yang terlibat dalam pengurusan hotel bajet di negara ini.

Beliau percaya, apaapa keputusan berhubung perkara berkaitan kenaikan kadar harga itu adalah hasil sebulat suara pengurusan hotel bajet di negara ini.

“Ini kerana kita ada persatuan hotel Malaysia dan saya juga percaya apabila disebut tentang hotel bajet... apa-apa keputusan untuk meningkatk­an kadar harga ini mesti ada kaitan dengan mereka (persatuan),” ujarnya ketika mengulas laporan mengenai hotel bajet meningkatk­an kadar harga bilik dalam beberapa bulan akan datang.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Kementeria­n Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n serta Kementeria­n Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan di Penview Convention Centre (PCC), Sejingkat di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Snowdan Lawan serta tetamu lain.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan

Ini kerana kita ada persatuan hotel Malaysia dan saya juga percaya apabila disebut tentang hotel bajet... apa-apa keputusan untuk meningkatk­an kadar harga ini mesti ada kaitan dengan mereka (persatuan).

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

berkata, keputusan itu juga bukan perkara yang dirancang sesuka hati.

“Keputusan menaikkan kadar itu mesti dirujuk oleh pihak mereka sendiri

(persatuan) bagi mengelak industri pelanconga­n terjejas,” jelasnya lagi.

Baru-baru ini, Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MyBHA) memberitah­u pemilik hotel bajet mungkin akan menaikkan kadar harga bilik mereka dalam beberapa bulan akan datang apabila kos operasi meningkat.

Presidenny­a Sri Ganesh Michiel berkata, kos operasi hotel boleh meningkat antara 30 dan 40 peratus dalam tempoh tiga bulan akan datang berikutan pelbagai faktor.

“Kadar tidak akan naik secara drastik, katakan daripada RM100 kepada RM200, namun disebabkan kos operasi, pengusaha hotel perlu menyesuaik­an kadar mereka dengan sewajarnya.

“Ini berikutan kesan daripada kos barangan dan perkhidmat­an dan jika pengusaha hotel tidak menyesuaik­an kadar mereka, lebih baik mereka menghentik­an perniagaan,” katanya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? MESRA: Abdul Karim (tiga kiri) dan isteri Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar (dua kiri) menyambut tetamu yang hadir pada majlis tersebut. Turut kelihatan, Rentap (kiri).
— Gambar Chimon Upon MESRA: Abdul Karim (tiga kiri) dan isteri Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar (dua kiri) menyambut tetamu yang hadir pada majlis tersebut. Turut kelihatan, Rentap (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia