Utusan Borneo (Sarawak)

HSL Samarahan Marathon 2024: Hanya tinggal 300 tempat untuk pendaftara­n

-

HSL Samarahan Marathon 2024 menerima penyertaan memberangs­angkan daripada pelari tempatan dan luar dengan hanya 300 tempat masih terbuka untuk pendaftara­n.

Acara maraton julung kalinya itu akan berlangsun­g pada 11 dan 12 Mei depan dan merupakan anjuran bersama Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) dan Kumpulan Hock Seng Lee (HSL).

Pengerusi MPKS Dato Peter Minos berkata, acara itu bukan sahaja bertujuan menggalakk­an gaya hidup sihat, malah dapat mempromosi­kan Samarahan kepada pengunjung luar.

“Bagi pihak majlis, kami berterima kasih kepada HSL selaku penaja utama yang memungkink­an kejayaan dan kelancaran acara ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Menara HSL di Kota Samarahan dekat sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha MPKS Gustian Durani, ahli MPKS Kuek Khiong Kuant dan Dato Sim Kiang Chiok

serta rakan penganjur lain.

Sementara itu, penganjur bersama Yu Ji berkata lima kategori dipertandi­ngkan dalam acara tersebut iaitu maraton penuh 42 kilometer (km), separa maraton 21km, 10km, 6km dan 3km.

Menurutnya, jumlah keseluruha­n hadiah wang tunai ditawarkan RM58,000 bagi acara 42km, 21km dan 10km.

Manakala bagi kategori 6km dan 3km katanya, hadiah wang tunai ditawarkan bagi kostum

terbaik yang akan dihakimi juri jemputan termasuk pempengaru­h popular, Global Gibbon dan ahli pasukan dari Wanka Travel.

Masa pelepasan katanya, adalah pada jam 6.15 petang dan 7.15 malam bagi kategori 6km dan 3km iaitu pada 11 Mei bermula dari Menara HSL, La Promenade Mall di Kota Samarahan.

Manakala kategori 42km, 21km dan 10km akan dilepaskan pada 12 Mei masing-masing

pada jam 1 pagi, 4 pagi dan 5.30 pagi, jelasnya.

Pelari elit tempatan seperti Andy Yeo dan Sally Yap antara yang turut serta dalam maraton ini termasuk peserta dari Singapura, Brunei dan Afrika, katanya.

Pek larian bagi diambil bermula 9 Mei dan untuk maklumat lanjut boleh layari lapromenad­emall.com.my atau cari @lapromenad­emall, #samarahan,#laprorun di sosial media.

 ?? ?? JULUNG KALI: Minos (empat kiri), Yu Ji (tiga kanan) serta yang lain menunjukka­n poster acara HSL Samarahan Marathon 2024 pada sidang media semalam.
JULUNG KALI: Minos (empat kiri), Yu Ji (tiga kanan) serta yang lain menunjukka­n poster acara HSL Samarahan Marathon 2024 pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia