Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar baharu baik pulih sekolah, klinik berkesan

Guna dana kerajaan Sarawak dahulu, kerajaan pusat bayar balik dapat percepat, kurangkan kos projek

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Dasar baharu untuk mempercepa­tkan baik pulih sekolah daif dan klinik di negeri ini dengan menggunaka­n dana kerajaan Sarawak, kemudian dibayar balik oleh kerajaan persekutua­n mampu mengurangk­an kos pelaksanaa­nnya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Dr Annuar Rapa’ee berkata, ini jelas terbukti dengan pembinaan tujuh sekolah oleh kerajaan Sarawak di seluruh negeri termasuk di Daro, Ulu Sengan dan Maludam.

Menurutnya, ini kerana reka bentuk yang diguna pakai oleh kerajaan Sarawak adalah lebih sesuai, praktikal, berfungsi dan tidak berlebihan.

“Dahulu ada sesetengah sekolah memerlukan sehingga RM60 juta (sekolah rendah),

tetapi kerajaan negeri yang buat tidak sampai pun RM40 juta. Jadi, ini perbezaan yang nampak jelas disebabkan tidak ‘over design.’

“Sebenarnya sekolah ini tidaklah perlu ada banyak

fasa, ukiran, asalkan berfungsi sebagai sebuah sekolah, tahan lama dan tidak memerlukan penyelengg­araan yang banyak. Jadi, itu yang paling penting,” jelasnya.

Dr Annuar berkata demikan ketika diminta mengulas tentang polisi baharu kerajaan Sarawak membaik pulih dahulu sekolahsek­olah daif dan klinik di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berkata, kerajaan negeri meluluskan bagi mendapatka­n tanah atau tapak baharu dan seterusnya memberi kontrak kepada kontraktor di Sarawak dan prosesnya tidak begitu banyak birokrasi.

“Yang penting kosnya jauh lebih murah daripada apa yang telah dilakukan oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

“Sebab itu kerajaan persekutua­n bersetuju mengguna pakai kaedah ini sebab menjimatka­n kos, kedua mempercepa­tkan proses pembinaan,” katanya.

Tambahnya, dasar tersebut lebih memberi manfaat kerana kerajaan Sarawak dapat mengenal pasti sekolah yang memerlukan pembaikan dengan cepat.

Terdahulu, Dr Annuar menghadiri Program Berjarah Raya di kampungkam­pung anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Desa Kemuyang, malam kelmarin.

Sebenarnya sekolah ini tidaklah perlu ada banyak fasa, ukiran, asalkan berfungsi sebagai sebuah sekolah, tahan lama dan tidak memerlukan penyelengg­araan yang banyak. Jadi, itu yang paling penting.

Datuk Dr Annuar Rapa’ee Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat

 ?? ?? ZIARAH: Dr Annuar ketika Program Berjarah Raya di kampung-kampung anjuran JKKK Desa Kemuyang, malam kelmarin.
ZIARAH: Dr Annuar ketika Program Berjarah Raya di kampung-kampung anjuran JKKK Desa Kemuyang, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia